1-Kenapa dalam kamus Tatabahasa Dewan Bahasa tidak menyatakan tentang penggunaan adverbal yang jelas? 2- Adakah Buku tatabahasa dewan menggunakan pendekatan fungsional? | 1. Tatabahasa Dewan memasukkan kata adverba atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baru yang akan diterbitkan oleh DBP, dan kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. 2. Buku Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik, iaitu mencampurkan ciri-ciri utama daripada berbagai-bagai teori analisis bahasa. Namun demikian memandangkan alirantransformasi-generatif sudah begitu mempengaruhi dunia ilmu linguistik pada masa ini, maka perbincangan seluruh Bab 10, jilid 1 didekati dari segi aliran linguistik transformasi-generatif. | Lain-lain | 09.09.2008 |
Mengapakah tatabahasa dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama? | Tidak ada maklumat yang mengaitkan kenapa kata adverba tidak dimasukkan dalam golongan kata utama oleh penyusun Tatabahasa Dewan. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
Saya difahamkan bahawa kata adverba telah diguna pakai dan telah dimasukkan dalam buku Tatabahasa Dewan yang baharu? Adakah benar? Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penjelasan tentang kata adverba ini dalam waktu yang singkat ini? terima kasih | Kata adverba telah dimasukkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 289) sebagai subkelas kata di bawah Kelas Kata Tugas. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Saudari perlu merujuk buku ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana keterangannya memerlukan huraian dan contoh untuk lebih mudah difahami. | Tatabahasa | 24.02.2009 |
Mengapakah Tatabahasa Dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama? Kata 'misalan' mempunyai berapa morfem? Terima kasih. | Dalam ruangan Kata Pengantar buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, "Dalam Edisi ini terdapat beberapa beberapa perubahan dan tambahan kepada edisi yang lama. Hal ini berlaku demikian kerana pihak penulis telah mengambil kira pandangan dan maklum balas pakar bahasa Melayu dan penggunan Tatabahasa Dewan. Dalam edisi ini, penulis telah menambah dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kata tugas". Jelas di sini tidak ada perubahan dalam golongan kata utama dan panel buku Tatabahasa Dewan bersetuju menambah subkelas kata tugas. | Tatabahasa | 28.09.2012 |
Saya mempunyai kekeliruan tentang adverba. Dalam buku Tatabahasa Dewan, tiada disebutkan tentang adverba. Adakah adverba wujud dalam Bahasa Melayu. Terdapat berita mengatakan adverba akan dibincangkan pada edisi buku seterusnya. Saya perlukan sedikit penjelasan. Terima Kasih. | Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masadan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. | Tatabahasa | 02.04.2008 |