Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.sék.syen] | سوبسيکشن

Definisi : (subséksyen) bahagian kecil drpd seksyen (dlm undang-undang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subseksyen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi premis yang disediakan bagi, dan digunakan semata-mata atau terutamanya untuk, sembahyang keagamaan awam, atau premis yang terdiri daripada atau termasuk dalam rumah yang diduduki dihuni sebagai tempat kediaman persendirian yang berasingan (3) Subsection (1) shall not apply to premises appropriated to, and used solely or mainly for, public religious worship, or premises consisting of or comprised in a house that is occupied as a single private dwelling: Berdasarkan peruntukan di atas, apakah padanan bagi 'public religious worship' dalam konteks ini? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "public religious worship" ialah tempat sembahyang awam.Pembinaan Bakat25.01.2022
(18) Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11) meletakhakkan apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik, pada penerima pindahan— (a) Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu berada di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan subseksyen 420(2), (3) dan (4) Kanun Tanah Negara; Soalan: mohon bantuan untuk penggunaan perkataan yang tepat sama ada perkataan "hakmilik" atau "hak milik".

Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah diwartakan. "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum.

Ejaan08.10.2021
Salam, Ayat manakah yang betul a atau b. a) ...dijelaskan dalam bab 3... b) ...dijelaskan dalam Bab 3... Ayat manakah yang betul a atau b. a) ...dijelaskan dalam subseksyen 3.3.3... b) ...dijelaskan dalam Subseksyen 3.3.3... Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah... dijelaskan dalam Bab 3... dan dijelaskan dalam Subseksyen 3.3.3...Tatabahasa25.11.2013
TERJEMAHAN PERKATAAN “BELLIGERENT” KE BAHASA MELAYU Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan “belligerent” ke dalam bahasa Melayu. Contoh ayat yang menggunakan perkataan “belligerent” ialah seperti di bawah subseksyen 5(b) Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; (c) to perform all the duties devolved upon a national society by each nation which has acceded to the said Conventions.” 3. Jawapan segera daripada pihak Tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. AIN-NUR ‘AMIYERRA AWOD BINTI ABDULLAH Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang Jabatan Peguam NegaraKami mencadangkan belligerent diterjemahkan sebagai "pihak berperang". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah29.01.2022
Bolehkah perkataan "specific character" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan "sesuatu yang tertentu"? Without prejudice to the generality of subsection (1), and subject to consultation with the Authority, the power of the Minister to give directions shall extend to the giving to it of directions as to the application of proceeds of such disposals, notwithstanding that the directions may be of a specific character: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:Ayat yang dicadangkan ialah: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu perkara yang tertentu.Makna24.07.2021

Kembali ke atas