Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n syarikat subsidiari: the giant corporation and its subsidiaries, syarikat raksasa dan syarikat-syarikat subsidiarinya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : he took two ~ subjects for the exam, dia mengambil dua mata pelajaran subsidiari utk peperiksaan itu; she took a ~ role in the play, dia mengambil peranan subsidiari dlm drama itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj secondary, subsidiari: the question of finance is ~ to the question of management, soal pembiayaan ialah subsidiari drpd soal pengurusan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subsidiary


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Jika 'subsidiary' merujuk kepada anak syarikat, apakah terjemahan yang tepat untuk 'sister company'?Mohon berikan takrifan untuk "sister company" supaya kami dapat memberikan padanan yang sesuai.Istilah07.01.2020
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapakah istilah 'subsidiary' diterjemahkan sebagai 'syarikat subsidiari' dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, tetapi diterjemahkan sebagai 'anak syarikat' dalam Istilah Bahasa Melayu? Terjemahan manakah yang lebih tepat? Mengapa wujud perbezaan ini? Mengapa tidak diselaraskan sahaja? Sekian, terima kasih.Tidak ada yang perlu diselaraskan sekiranya anda  memahami pemberian makna dan padanan dalam kamus. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, entri subsidiary diberikan padanan subsidiari, manakala entri subsidiary company yang diberikan padanan syarikat subsidiari.  Kamus Dewan memberikan makna entri syarikat subsidiari sebagai anak syarikat.Makna15.04.2018
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai istilah 'syarikat anak'. Wujudkah istilah tersebut? Ini kerana sepanjang pengetahuan saya, hanya terdapat istilah 'anak syarikat'. Atau mungkin sememangnya ada istilah tersebut? Mohon pencerahan dan pengesahan. Terima kasih DBP.DBP tiada data berkaitan ‘syarikat anak’. ‘Subsidiary company’ diterjemahkan sebagai ‘anak syarikat’. Daripada penelitian kami juga, istilah ‘syarikat anak’  tiada dalam Akta Syarikat 1965.Istilah26.08.2014

Kembali ke atas