Ketika nelayan Kampung "Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan? | Ayat ini betul cuma buang tanda pengikat katanya menjadi Ketika nelayan Kampung Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Kata sudahpun perlu dieja sebagai satu perkataan atau dua perkataan? | Kata sudahpun dieja sebagai sudah pun, kerana pun di sini bermaksud juga. | Tatabahasa | 30.01.2007 |
ejaan bajet atau baget; | Sehingga kini DBP masih mengekalkan penggunaan istilah belanjawan memandangkan kata ini sudah pun mantap dalam pelbagai bidang istilah terutamanya yang membabitkan daftar istilah ekonomi, kewangan ataupun perbankan dan yang seumpama dengannya. | Ejaan | 22.04.2008 |
Apakah perbezaan antara belanjawan dan bajet?Bilakah istilah belanjawan atau bajet sesuai digunakan | Sehingga kini DBP masih mengekalkan penggunaan istilah belanjawan memandangkan kata ini sudah pun mantap dalam pelbagai bidang istilah terutamnya yang membabitkan daftar istilah ekonomi, kewangan ataupun perbankan dan yang seumpama dengannya. | Ejaan | 09.08.2006 |
Manakah perkataan yang betul penggunaannya. Menyisip minuman atau mencicip minuman? | Perkataan yang betul ialah cecap yang bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. | Makna | 10.02.2017 |
Saya sudah mendaftar untuk menggunakan khidmat pengesahan bahasa bagi e-perkhidmatan dan sudah pun menerima emel kod pengaktifan, tetapi saya gagal untuk mengaktifkan akaun saya walaupun sudah mencuba banyak kali. Apakah masalahnya? | Untuk maklumat yang berkaitan, sila hubungi pegawai Bahagian Sistem Maklumat, DBP, iaitu Encik Mohd. Shaufi bin Kambarudin melalui talian 03-21479389 dengan memaklumkan masalah puan. | Lain-lain | 08.12.2014 |
saya ingin untuk menterjemah sebuah buku Bahasa Inggeris terbitan Luar Negeri ke dalam Bahasa Malaysia. Apa perlu saya buat. Perlukah saya meminta kebenaran dari penulis nya dahulu. Bagaimana hendak mengetahui samaada buku itu sudah pun di terjemahkan kedalam Bahasa Melayu sebelum ini? | Tentang terjemahan, perlu mendapatkan izin terjemah dan terbit daripada penerbit asal. Tentang sama ada buku telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, perlu dinyatakan judul asal buku berkenaan. | Lain-lain | 17.11.2007 |
Saya sudah menyemak Kamus Dewan mengenai perkataan 'pun'. Namun ada beberapa perkataan yang menggunakan perkataan 'pun' tidak ada dan saya keliru untuk menggunakannya, kerana ada yang dieja rapat dan ada yang dieja jauh daripada kata dasarnya. Misalnya, walaupun, sekalipun, walau bagaimanapun, meskipun (dieja rapat) dan belum pun, sudah pun (dieja jauh) Oleh itu, apakah formula yang perlu digunakan bagi memastikan sama ada perkataan itu dieja rapat atau jauh. Misalnya - walau apa pun / walau apapun walau bagaimana pun / walau bagaimanapun mahupun/ mahu pun dan lain-lain perkataan berbangkit. Diharap saudara atau saudari dapat memberikan formula untuk menentukan ejaan 'pun' | Ada 13 perkataan yang ditulis serangkai dengan kata partikel pun: adapun, ataupun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun,sungguhpun dan walaupun. Walau bagaimanpun . Pun yang bermaksud juga ditulis terpisah dengan kata yang mengikutinya : apa pun, telah pun. | Ejaan | 11.03.2008 |
Assalamualaikum Tuan/Puan, Sebagai introduksi, nama saya Mohd Ayub bin Ladin. Saya seorang pelajar tajaan MARA ke Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Mohd Ayub ingin tanya DBP kenapa tidak ada perkataan Bahasa Melayu untuk 'United Kingdom'. Sebagai rujukan, bahasa kita sudah pun ada perkataan untuk Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Mesir dll. Bahasa kita dah semakin matang dan lengkap. Adalah agak memalukan bahawa kita masih menggunakan bahasa penjajah untuk negara UK. Mohd Ayub telahpun berbincang isu ini dengan kawan-kawan. Kita cadangkan nama 'Tanah Bersepadu' adalah translasi yang berpatutan. Sekian, Mohd Ayub bin Ladin. | Untuk makluman, nama negara dan ibu kota telah dibincangkan dalam Sidang Ke-31 Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia pada tahun 1992. Antara keputusannya ialah: Nama-nama negara dan ibu kota yang telah lazim digunakan dalam versi bahasa Inggeris Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah dikekalkan walaupun negara berkenaan mempunyai versi bahasanya sendiri. Nama negara dan ibu kota yang telah biasa dikenali dengan nama bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Berdasarkan maklumat di atas, United Kingdom dikekalkan ejaan versi bahasa Inggeris dan Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Mesir diterima kerana telah biasa dikenali dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.02.2011 |
Saya kareemah ka'do. Sedang berlajar Universiti fatoni kelas dasar ingin bertanya : tentang asal usul perkataan "kedurjanaan" apakah artinya dan contoh dalam Ayat. Terima kasih | Kata ‘durjana’ mempunyai 2 maksud iaitu, 1. jahat dan 2. derhaka. ‘kerdurjaan’ ialah perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian, contoh ayat: kekotoran dan kedurjaan hatinya sudah pun terdedah. | Makna | 25.09.2014 |