Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Peribahasa

Jangan puntung berasap jua.

Bermaksud :

Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, yang soalan 16/6/2017, sudah selesai tetapi mcm mana downloadUntuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479389/9398/9400/9500/9600.Lain-lain21.06.2017
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah  digunakan.Sastera04.05.2011
Salam sejahtera. Saya keliru akan penggunaan kata hubung "selagi" dan "asalkan". Ayat manakah yang tepat - "Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak" ataupun "Saya akan menjaga awak asalkan saya masih sayangkan awak"? Apakah perbezaan antara penggunaan "asalkan" dan "selagi"?Mengikut Kamus Dewan perkataan ‘asalkan’ sama maksud dengan frasa ‘dengan syarat’.  Contoh penggunaan ‘asalkan’ dalam ayat ialah “Kau boleh pulang, asalkan pekerjaanmu sudah selesai”.   Perkataan ‘selagi’ dalam konteks perbandingan dengan perkataan ‘asalkan’ seperti yang dikemukakan dalam pertanyaan pula bermaksud ‘selama atau sementara masih’.  Contoh penggunaan dalam ayat ialah “Selagi hayat dikandung badan, aku tetap setia kepadamu”. Merujuk pada ayat yang dikemukakan, ayat yang betul ialah “Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak”.Makna06.02.2019
Menteri RTM kata Bahasa Malaysia tetap akan ganti Bahasa Melayu walau pun pihak Umno dari luar negeri mengemukakan usul dalam perhimpunan Umno. kononnya atas alasan perpaduan. Isu bahasa sudah lama selesai dalam kontrek sosial sebelum merdeka. itu sebab sudah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152. Mengapa pemmimpin kita takut sangat bangsa cina dan hindu yang tidak jemu2 membangkitkan isu ini. klau zaman Datuk Harun , Senu, Jaafar Albab , Musa hitam orang tak berani tegur Melayu pun. la ni mereka jual Melayu. Harap DBP dapat bertahan kerana araahan kabinet itu bercanggah dengan Perlembagaan dengan ain perkataan tidak berpelembagaan. kalau perkara ini di heboh nanti mereka pinda Perlembagaan pula... Habis Melayu. Bahasa Melambangkan bangsa. Tiada bahasa tiada bangsa. elayu akan hilang di dunia.Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan terhadap isu ini dan kami berharap tuan akan terus memberikan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita.Lain-lain05.11.2007
Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor.adakah ayat ini betul?Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor - ayat ini tidak gramatis kerana sudah bermaksud selesai, oleh itu tidak sesuai digunakan dalam ayat ini.Tatabahasa12.05.2011
Selepas menonton atau Lepas menontonKedua-duanya boleh digunakan untuk konteks ayat ini. "Selepas" adalah kata terbitan daripada perkataan "lepas" yang membawa maksud sesudah, atau setelah sudah atau setelah selesai.  "Lepas" biasanya digunakan untuk bahasa percakapan.Tatabahasa12.03.2014
Adakah perkataan 'ia' boleh digunakan untuk benda bukan hidup? Contohnya, "Setelah kereta itu selesai diperiksa, ia dipandu uji." Adakah ayat ini betul? Perkataan 'ia' tidak boleh digunakan untuk haiwan seperti yang dinyatakan dalam khidmat nasihat sebelum ini. Jadi, apakah cara terbaik untuk merujuk semula kepada haiwan yang disebut tanpa mengulangi perkataan yang sama. Contoh, "Harimau haiwan yang hidup di hutan. Harimau memburu haiwan lain bagi mendapatkan makanan. Harimau hampir pupus." Apakah cara lain bagi menggantikan kata nama 'harimau' yang digunakan dalam ayat ini jika 'ia' tidak boleh digunakan? Terima kasih.Untuk makluman, "ia" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang boleh digunakan untuk merujuk orang, benda atau perkara. Contoh ayat yang diberikan sudah tepat dan boleh digunakan. Selian itu, "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang. Ini bermakna nama binatang tersebut perlu diulang dan tidak ada  cara lain lagi.Tatabahasa01.10.2015
Saya ingin tahu maksud bagi peribahasa berikut : Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ada beberapa buah buku peribahasa menyatakan maksud iaitu sekiranya melakukan kejahatan, hendaklah dibuat sehingga selesai. Adakah maksud tersebut tepat? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan juga Kamus Dewan, maksud peribahasa tersebut ialah kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya.Makna26.01.2010
Adakah perkataan ini sesuai untuk maksud yang saya kehendaki, sebagaimana dlam bahasa inggeris : "sedia (prepare) atau siapsiaga (ready)" atau pihak tuan ada cadangan lain? Bolehkan saya tahu maksud sebenar dan contoh penggunaan perkataan "sedia" dan "siapsiaga"?Mengikut Kamus Dewan, prepare dan ready membawa maksud yang sama iaitu siap, sedia.  


Siap bermaksud sudah sedia atau selesai. Manakala,  siap siaga maksudnya dengan siap sedia. Berdasarkan sumber rujukan padanan preparedness dalam bahasa Melayu ialah kesediaan.
Penyemakan dan penterjemahan05.08.2015
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih.
LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~;

selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu.

Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa.
" Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja. 


Tatabahasa11.09.2012
12

Kembali ke atas