Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sudahpun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata sudahpun perlu dieja sebagai satu perkataan atau dua perkataan?Kata sudahpun dieja sebagai sudah pun, kerana pun di sini bermaksud juga.Tatabahasa30.01.2007
kenapa penggunaan 'ia' hanya boleh digunakan untuk manusia walhal sudahpun terdapat perkataan 'dia' yang hanya untuk manusia juga? saya keliru kerana saya selalu menggunakan 'ia' dalam karangan untuk menunjukkan subjek bukan manusia . boleh tolong terangkan?Perkataan ia ialah kata ganti diri ketiga dan  kata ganti benda yang dibicarakan. Oleh itu perkataan ia bukan hanya digunakan untuk manusia tetapi juga untuk yang bukan manusia.  Sila rujuk Bab 6 buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.    Tatabahasa15.03.2009
penggunaaan perkataan studio pada iklan. contohnya studio perabot.Perkataan studio sudahpun digunakan dalam bidang pengiklanan.Tetapi penggunaan perkataan studio untuk perabot adalah tidak sesuai, jadi dicadangkan kedai perabot. Makna ialah 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.11.2006
Salam, Saya ingin menanya tanda baca. Bagaimanakah kita dapat menggunakan tanda petik dengan betul? Untuk menyatakan dialog, adakah setiap dialog diakhiri dengan tanda titik lalu dengan tanda petik tutup? Kerana ayat yang diujarkan sudahpun merupakan ayat yang lengkap. Misalnya (a) "Saya tak lapar." Kata Abu. Saya banyak jumpa keadaan seperti ini: (b) "Saya tak lapar,"kata Abu. Dalam ayat (b) "kata Abu" dan "saya tak lapar" digabungkan sebagai satu ayat, dan barangkali "saya tak lapar" dianggap objek dalam ayat ini. Terima kasih.Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Saya tak lapar," kata Abu.Ejaan08.05.2012
Saya terasa keliru dengan penggunaan perkataan "baru" dengan "baharu" di mana pada Sambutan Tahun Baru Cina Tahun ini saya mendapati iklan di televisyen menggunakan ayat "Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina". Adakah perkataan "baharu" sudahpun menggantikan perkataan "baru"? Terima kasih.Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam tahun baru/baharu cina, rumah baru/baharu. Kata baharu bukan menggantikan kata baru tetapi ialah variasi kepada kata tersebut. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. Tatabahasa23.03.2008

Kembali ke atas