Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.di] | سودي

Definisi : 1. tidak keberatan (utk melakukan sesuatu), bersedia, rela: jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; 2. suka (akan), berkenan, mahu: kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi di­katanya tidak ~; bersudikan berkenan akan, suka akan; menyudikan, mempersudikan 1. menja­dikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (meman­cing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.di] | سودي

Definisi : ; ~ siasat Mn bertanya-tanya utk menyelidiki (menyiasat dll); menyudi memeriksai, menyelidiki, menyiasat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.di] | سودي

Definisi : Kl; menyudi mencuba, menguji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.di] | سودي

Definisi : 1 sedia utk melakukan sesuatu; rela: Beberapa orang yg lalu-lalang telah ~ menghulurkan derma kpdnya. 2 mahu akan; suka: Aku tak ~ melihat muka­mu. bersudikan berkenan (akan). me­­nyudikan menggerakkan hati dll supaya sudi; menjadikan sudi: Apakah yg ~ engkau datang ke mari? mempersudikan meminta supaya sudi; mempersilakan: Beliau ~ para tetamu masuk. kesudian rasa sudi; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudi (kata kerja)
Bersinonim dengan tidak keberatan bersedia, rela, sanggup, reda, suka, mahu, ingin, ambuh, embuh;,
Kata Terbitan : bersudikan, mempersudikan, kesudian,

Puisi
 

Kain kudi di atas atap,
     Belum patah jarum hilang;
Kalau sudi abang bersantap,
     Kalau tak sudi janganlah buang.


Lihat selanjutnya...(36)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kenapa sudi jadikan bayi yang di buang sebagai anak sendiri?" Dari segi bahasa adakah ayat di atas adalah betul? Diharap pihak DBP boleh bagi kami cadangan ayat yang sesuai. Ini adalah bagi penerbitan Buku Program yang akan dicetak 18hb Mei 2012.Ayat yang betul ialah Mengapakah anda sudi menjadikan bayi yang dibuang sebagai anak sendiri?Tatabahasa24.04.2012
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawabAssalamuaikum,

Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba.  Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab.  Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik
(ab;ab).
- Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu  menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.
contoh: Petik manggis di waktu senja,
             Dimakan satu isinya putih;
             Antara manis dengan manja,
             Yang mana satu tuan pilih.

- kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; 
    Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan.

Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang.  ada  pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat.

sekian, terima kasih.



Sastera06.05.2012
Apakah perbezaan di antara ayat ini 1- Aku tundukkan kepalaku dengan aku tundukkan kepala. Terima kasih kerana sudi membantuKedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa04.05.2013
Adakah ayat berikut tepat; " Di kesempatan ini, Saya ingin merakamkan jutaan terima-kasih kepada Pihak Sekolah kerana sudi mejemput Saya ke Majlis ini." Penekanan soalan Saya adalah kepada perkataan " ingin"; Yakni, adakah betul perkataan tersebut digunakan kepada ayat tersebut kerana menurut bekas Pensyarah Saya perkara "ingin"tidak betul digunakan pada ayat seperti tersebut di atas.

Tidak perlu kata 'ingin' dalam ayat tersebut kerana ingin bermaksud berasa mahu sedangkan dalam situasi tersebut saudara telah menyatakan rakaman perasaan tersebut.

Tatabahasa09.12.2011
Jangan pernah berkasar terhadap ibumu. Ungkapan “jangan pernah” dalam ayat ini sesuai atau tidak? Terima kasih. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjawab soalan-soalan sebelumnya.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah  kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah.. manakala pernah ialah sudah ada mengalami, sudah berlaku. Perkataan pernah tidak sesuai mengikut konteks ayat yang dinyatakan.

Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah sesekali...

Jangan sesekali berkasar terhadap ibumu.
Tatabahasa17.01.2013
adakah sistem ejaan bahasa melayu itu sama dengan sistem ejaan rumi bahasa melyu.disini saya keliru diantara kedua-duanya ini.harap pihak tuan sudi membantu memberi penjelasan.terima kasihSistem ejaan bahasa Melayu biasanya merujuk sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Saudara boleh merujuk tajuk Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Edisi Kedua, terbitan DBP.Lain-lain09.03.2010
Saya ingin meningkat penguasaan Bahasa Malaysia anak-anak saya yang berumur 10, 12 dan 13. Apakah cara-cara tertentu yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa mereka ? Saya sudi untuk membeli novel-novel tertentu kalau ini caranya. Apakah novel-novel remaja DBP yang boleh dibeli untuk tujuan demikian ?Salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan anak-anak ialah dengan memperbanyak bahan bacaan berbahasa Melayu termasuklah akhbar, majalah dan buku. Jika saudara berminat untuk mendapatkan majalah/buku terbitan DBP boleh mendapatkannya di kedai buku berhampiran atau berkunjung ke Kedai Buku DBP di Kuala Lumpur.Tatabahasa11.08.2010
salam sejahtera. saya ingin tahu tentang kelas kata bagi perkataan "justeru". Adakah perkataan tersebut tergolong dalam penanda wacana? Kalau dapat, harap boleh berikan contoh ayat-ayat yang bukan daripada kamus dewan atau kamus pelajar. Jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang sudi menolongBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.
Contoh justeru (penanda wacana):
a. Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.

justeru (kebetulan, tepat)
a. Justeru lalu di hadapan kedai buku, Jamilah terus singgah mendapatkan buku yang dihajatinya.
Tatabahasa16.02.2013
Salam, Saya ada satu persoalan sebagai seorang penulis yang ingin menterjemahkan buku bahasa inggeris ke bahasa melayu, adakah perlu mendapat kebenaran dahulu kepada editor atau penerbit atau penulis asal. Jika perlu bagaimana ingin mendapatkannya kebanyakkan mereka di luar negara.. Terima kasih jika sudi membantu.Jika tujuan menterjemah itu untuk diterbitkan dalam bahasa lain, perlulah mendapat izin daripada penerbit asalnya, meskipun penerbit itu berada di luar negara. Alamat penerbit biasanya boleh dicari melalui internet.Lain-lain02.06.2012
Saya sedang menjalankan satu projek pengumpulan cerita-cerita rakyat tempatan/peribumi Sabah dan SARAWAK dengan bantuan pelajar-pelajar saya. Kami akan menganjurkan Malam Senandong Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi pada 10.10.2010 dan Program Sehati Sejiwa 1Malaysia pada 20.10.2010. Adakah pihak DBP sudi membantu terutama dari segi kewangan serta membukukan cerita-cerita dan puisi rakyat yang kami kumpulkan sebagai koleksi warisan bangsa?

Sdr. yang dihormati,

Pertamanya diucapkan tahniah dan syabas kepada sdr. kerana merancang dan berusaha untuk melaksanakan projek pengumpulan cerita-cerita rakyat Sabah dan Sarawak dan menganjurkan Malam Senandung Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi. Berhubung dengan  bantuan  kewangan dari DBP yang sdr. maksudkan  maka sdr. tulislah surat dan diajukan surat tersebut kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sekiranya cerita-cerita rakyat dan puisi rakyat yang dikumpul sudah lengkap( sebagai sebuah manuskrip) dengan kajian, kata pengantar dan bibliografinya maka bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

Lain-lain02.10.2010
123

Kembali ke atas