Apakah bezanya 'sudu' dan 'camca'. Kalau dikemukakan soalan ; Emak menyuapkan adik bubur itu menggunakan ______ ( A. sudu B. sudip C. camca D. senduk ) Jawapan manakah yang betul? Terima kasih. | Sudu dan camca membawa maksud yang sama. Jawapan A dan B boleh diterima. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 29.06.2009 |
Adakah jawapan Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu boleh diterima dan Ali menyertai acara tiup belon boleh diterima? | Ayat "Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu" adalah betul dan ayat kedua "Ali menyertai acara tiup belon" dipinda menjadi "Ali menyertai acara meniup belon". | Tatabahasa | 23.06.2011 |
Salam tuan di talian. Saya ingin memastikan penggunaan koma (,) yang sebenarnya. Contohnya: (a) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan, dan sudu ketika berkelah ATAU (b) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan dan sudu ketika berkelah. Ayat manakah yang menggunakan tanda koma yang sebetulnya? Diharap pihak tuan dapat memberi jawapan dengan kadar yang segera. Terima kasih. | Tanda koma tidak diperlukan sebelum kata 'dan' kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi makna. | Ejaan | 05.07.2011 |
1. Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali. 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 3. Nenek segera dibawa ke hospital kerana dia keracunan makanan. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. A. 1 dan 3 B. 2 dan 4 C. 1,2 dan 3 D. 2,3, dan 4 Apakah pilihan jawapan yang tepat? | Jawapan: B. 2 dan 4, 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. | Tatabahasa | 04.02.2009 |
Apakah maksud peribahasa bubur kurang sudu lebih | Maksudnya, perkara kecil menjadi besar kerana dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. | Makna | 18.08.2007 |
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu 5) Mei Ling menyertai acara meniup belon. 6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang. 7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki. 8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol. | Tatabahasa | 23.06.2011 |
Assalamualaikum, Saya Shikin, ingin bertanya satu soalan. Benarkah orang kata bahasa Melayu merupakan bahasa yang belum mantap dan jika dilihat, ramai remaja hari ini menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan dan juga timbul tentang isu bahasa sms. berikan pandangan anda tentang perkara tersebut dan terima kasih kerana sudu baca soalan saya ini. | Bahasa Melayu telah digunakan beratus tahun dahulu dantelah diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara setelah kemerdekaan tanah air. Jika berlaku isu bahasa rojak, bahasa slanga dan sebagainya yang memberi kesan kepada kerancuan penggunaan bahasa Melayu banyak elemen yang mempengaruhinya bukanlah kerana bahasa itu tidak mantap seperti yang diperkatan. | Lain-lain | 20.08.2008 |
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok 2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah. | Makna | 11.05.2012 |
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama. | Makna | 17.02.2010 |