munsyi, dari sudut ekonomi atau daripada sudut ekonomi? TQ | jawapan yang betul ialah dari sudut. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Salam/ Selamat Pagi, Saya mempunyai pertanyaan berkenaan ayat yang perlu digunakan untuk menggambarkan ruang/ sudut. Untuk makluman, pejabat saya sedang dalam proses mendapatkan Persijilan Amalan 5S. Sehubungan itu, terdapat satu ruang/ sudut yang digunakan untuk proses percetakan (tempat di mana pencetak diletakkan). Soalannya, Apakah nama ruang/ sudut yang betul dan sesuai dengan keadaan tersebut? 1. Sudut Percetakan; 2. Sudut Pencetakan; atau 3. Sudut Cetak. Sila beri tunjuk ajar. Terima kasih. (Nor Hazila binti Haron) | Penggunaan yang betul ialah: 1. Sudut Pencetakan - percetakan ialah tempat/syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Sudut Pencetakan bermaksud tempat proses mencetak buku dan sebagainya dilakukan. | Tatabahasa | 04.01.2012 |
1)Adakah betul penggunaan kata "paling terbaik" daripada sudut tatabahasa? 2)Mana satu yang betul berdasarkan ayat nombor 1 di atas, "dari sudut" atau "daripada sudut"? | 1. Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir sserentak dalam satu binaan. Oleh itu, penggunaan frasa paling terbaik salah. 2. Frasa yang betul ialah dari sudut. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya menghadapi kemusykilan tentang perkataan 'sudut pandang'. Adakah perkataan ini merupakan satu istilah yang sudah mantap? Jika perkataan ingin dijadikan sebagai satu tajuk tentang suatu petikan/teks, bolehkah dieja seperti ini; 'Sudut Pandang' atau 'Sudut pandang'? Saya mohon jasa baik pihak tuan agar adpat memberikan pengesahan berkaitan dengan hal ini. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Sudut Pandang sebagai sebuah tajuk artikel atau wacana. Perkataan ini banyak digunakan dalam media terutama dalam membabitkan pandangan individu tertentu dalam sesuatu isu. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
Antara berikut, penggunaan kata sendi nama yang manakah adalah tepat ? dari sudut ekonomi atau daripada sudut ekonomi... dari segi .... atau daripada segi .... | Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, masa, tempat. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaannya. Oleh itu, frasa yang tepat ialah dari sudut ekonomi, dari segi moral (penggunaan kata sendi nama ini menunjukkan tempat atau arah). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 9: Kata Tugas), halaman 268. | Tatabahasa | 01.09.2009 |
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih | Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya), arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'. | Tatabahasa | 03.04.2011 |
Apakah masalah dari sedi penggunaan kata dalam ayat-ayat ini: 1. Setiap kelas diminta membina SUDUT bacaan masing-masing. 2. Dia tidak dapat menerima SUDUT pandangannya yang agak keterlaluan itu. Terima Kasih | SUDUT (KAMUS DEWAN EDISI EMPAT) 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi;. Kedua-dua penggunaan perkataan 'sudut' adalah tepat. | Tatabahasa | 15.10.2012 |
Salam tuan, Saya ada beberapa kemusykilan tentang penggunaan ungkapan-ungkapan / perkataan-perkataan tertentu. 1. Dari segi atau daripada segi 2. dari aspek atau daripada aspek 3. dari sudut atau daripada sudut 4. kata alu-aluan atau kata-kata aluan Harap tuan dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. Dari segi 2. Dari aspek 3. Dari sudut 4. Kata alu-aluan | Tatabahasa | 21.02.2010 |
Berikan huraian sudut pandangan personaliti waja diri yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad. | Saudara yang bertanya, Mohon maaf, kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk tugasan dan esei.
| Sastera | 14.03.2012 |
WACANA (DARI SUDUT PETENTANGAN DAN MAKLUMAT) JENIS DAN CIRI WACANA KEPENTINGAN/FUNGSI WACANA DEFINISI WACANA DALA KONTEKS PENGAJARAN BAHASA MELAYU | Sila rujuk bahan ini: Wacana falsafah ilmu: analisis konsep-konsep asas dan falsafah pendidikan negara | Abdul Rahman Haji Abdullah | Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. | 2005 |
Analisis Wacana | Eriyanto | Tiada maklumat | 2001 | Analisis wacana : dari linguistik sampai dekonstruksi | | Penerbit Kanal | 2002 |
| Lain-lain | 16.02.2008 |