Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudut (kata nama)
1. Bersinonim dengan penjuru: bucu, pelosok, pojok, ceruk jorong, jokir,

2. Bersinonim dengan segi: arah pandangan, dasar pandangan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam/ Selamat Pagi, Saya mempunyai pertanyaan berkenaan ayat yang perlu digunakan untuk menggambarkan ruang/ sudut. Untuk makluman, pejabat saya sedang dalam proses mendapatkan Persijilan Amalan 5S. Sehubungan itu, terdapat satu ruang/ sudut yang digunakan untuk proses percetakan (tempat di mana pencetak diletakkan). Soalannya, Apakah nama ruang/ sudut yang betul dan sesuai dengan keadaan tersebut? 1. Sudut Percetakan; 2. Sudut Pencetakan; atau 3. Sudut Cetak. Sila beri tunjuk ajar. Terima kasih. (Nor Hazila binti Haron)Penggunaan yang betul ialah: 1. Sudut Pencetakan - percetakan ialah tempat/syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Sudut Pencetakan bermaksud tempat proses mencetak buku dan sebagainya dilakukan.Tatabahasa04.01.2012
1)Adakah betul penggunaan kata "paling terbaik" daripada sudut tatabahasa? 2)Mana satu yang betul berdasarkan ayat nombor 1 di atas, "dari sudut" atau "daripada sudut"?1. Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir sserentak dalam satu binaan. Oleh itu, penggunaan frasa paling terbaik salah.

2. Frasa yang betul ialah dari sudut.
Tatabahasa12.04.2013
Apakah masalah dari sedi penggunaan kata dalam ayat-ayat ini: 1. Setiap kelas diminta membina SUDUT bacaan masing-masing. 2. Dia tidak dapat menerima SUDUT pandangannya yang agak keterlaluan itu. Terima KasihSUDUT (KAMUS DEWAN EDISI EMPAT)
1.
penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi;.


Kedua-dua penggunaan perkataan 'sudut' adalah tepat.
Tatabahasa15.10.2012
Salam tuan, Saya ada beberapa kemusykilan tentang penggunaan ungkapan-ungkapan / perkataan-perkataan tertentu. 1. Dari segi atau daripada segi 2. dari aspek atau daripada aspek 3. dari sudut atau daripada sudut 4. kata alu-aluan atau kata-kata aluan Harap tuan dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih.

Frasa yang betul ialah:

1. Dari segi

2. Dari aspek  

3. Dari sudut

4. Kata alu-aluan

Tatabahasa21.02.2010
1) apakah maksud peletakan dari sudut pelancongan? 2) apakah maksud peletakan semula dari sudut pelancongan?

Saudara,

Soalan tidak jelas. Adakah bermaksud penempatan dan penempatan semula? Sila kemukakan soalan semula. 

Lain-lain07.07.2010
betul atau salah? pertandingan bercerita pertandingan mewarna sudut bacaan pertandingan mengarang1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. Oleh itu, untuk dua lagi pertandingan perlu ditukar menjadi pertandingan mewarnakan lukisan dan pertandingan mengarang esei. Tatabahasa08.03.2010
soalan 1)apakah beza merincih ,mericih dan meraut 2)Apakah beza tepi dengan celah 3)Apakah beza penjuru dengan sudutPerbezaan kata kerja tersebut boleh dilihat daripada makna yang berikut. Merincih bermaksud menghiris (memotong, mengerat, dan sebagainya) kecil-kecil, atau disebut juga menyayat, atau meracik. Dan ricih sama makna dengan rincih. Meraut bermaksud meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan sebagainya) dengan pisau.Makna03.07.2012
Assalamualaikum. (1) Apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah kejuruteraan "coir composite panel"? Adakah "panel sabut kelapa komposit" atau "panel sabut kelapa rencam"? (2) Dari sudut kejuruteraan, apakah perbezaan antara "komposit" dan "rencam"? Penggunaan istilah manakah yang dicadangkan? Terima kasih.Istilah yang dicadangkan ialah panel sabut kelapa komposit. Dalam bidang Kejuruteraan, istilah yang digunakan ialah komposit. Istilah28.11.2012
apakah dimaksudkan komsep tamadun dari sudut bahasa& apakah ciri-ciri tamadun yang terbilang?

Tamadun  bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban;

Saudara boleh merujuk buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan bagi merujuk perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri tamadun yang terbilang.


Lain-lain11.07.2009
ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai  1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat.

Berdasarkan takrifan tersebut,  darjat dan martabat membawa makna yang sama.

Istilah25.02.2009
123

Kembali ke atas