Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.gar] | سوݢر

Definisi : ; menyugar menyikat rambut dgn jari, menggeragas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.gar] | سوݢر

Definisi : (Parsi) gula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sugar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Apakah terjemahan bahasa Melayu bagi sugar daddy dan sugar mummy? Terima kasih.'Sugar Daddy' tergolong dalam kata slanga, iaitu kata-kata atau ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Maka pihak kami mencadangkan agar perkataan 'sugar daddy' dan 'sugar mummy' itu dicondongkan ke kanan (italik) seperti yang terdapat dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan.Penyemakan dan penterjemahan03.12.2019
Apakah istilah bagi "sugar glider" dalam bahasa Melayu?Istilah sugar glider masih belum wujud dalam pangkalan data kami.Makna30.09.2019
Apakah istilah bahasa melayu untuk 'sugar paper'? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk "sugar paper" dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah07.08.2014
1. Apakah maksud istilah 'energy crop' dalam bahasa Melayu? Contoh ayat: To solve this problem, energy crops such as sugar cane are cultivated. 2. Apakah maksud istilah 'double-glazed' dalam bahasa Melayu? Contoh ayat: Double-glazed window are used to prevent the flow of heat through them by convection.Kami mencadangkan energy crops diterjemahkan kepada tanaman sumber tenaga dan double-glazed window diterjemahkan kepada tingkap dwikaca.Penyemakan dan penterjemahan14.10.2014
Saya sertakan fail di bawah bagi semakan istilah-istilah Bahasa Melayu yang saya gunakan untuk senarai bahan-bahan.Berikut terjemahan yang betul:
Bahan:  Tepung Gandum, Lelemak Sayuran, Gula, Oat, Tepung Susu, Ubi, Biji Bunga Matahari, Halia, Garam, Sodium Bikarbonat, Ammonia Bikarbonat, Pengimulsi, Serbuk Kayu Manis, Mentega Vanila.
Ingredients: Wheat Flour, Vegetable Shortening, Sugar, Oats, Milk Powder, Tapioca, Sunflower Seed, Ginger, Salt, Sodium Bicarbonate, Ammonium Bicarbonate, Emulsifier, Cinnamon Powder, Butter Vanilla. 
Untuk padanan istilah yang lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Sila layari http://prpm.dbp.gov.my  dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
Istilah05.06.2014
sALAM sEJAHTERA! saya ingin mendapatkan istilah yang betul bagi perkataan berikut dalam bahasa melayu & inggeris : karipap kentang, karipap sardin, koci pandan, koci labu, lopes pandan, pisang goreng/goreng pisang. Saya harap pihak tuan dapat membantu seberapa segera Terima kasih!

Encik Azfar,

Bukan semua kuih-muih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan. Kebiasaannya kuih-muih ini diberi huraian dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Inggeris bagi beberapa kuih yang saudara kemukakan adalah seperti yang berikut:

karipap kentang   : currypuff with potato filling

karipap sardin      : currypuff with sardine filling

koci pandan         : a sweet pandan flavoured delicacy made of glutinous flour with coconut filling

koci labu              : a sweet delicacy made of pumpkin with coconut filling

lopes pandan        : a sweet pandan flavoured delicacy made from glutinous rice rolled in coconut and serve

                               with a kind of brown sugar

pisang goreng      : banana fritters

 

 

Tatabahasa18.05.2010

Kembali ke atas