| Assalamualaikum These results suggest that increase time spent in sedentary behaviour was associated with poorer level of high moecular weight adiponectin while sedentary behaviour was associated with poorer health-related quaity of life among breast cancer survivors. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa yang diluangkan untuk aktiviti fizikal berintensiti sederhana hingga tinggi mempunyai hubung kait dengan peningkatan tahap serum adiponektin bermolekul tinggi (BMT) manakala tingkah laku tidak aktif mempunyai hubung kait dengan tahap kualiti hidup berkaitan kesihatan yang buruk. Terima kasih. | Terjemahan bagi kenyataan bahasa Inggeris yang ditanya ialah: Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa untuk tingkah laku sedentari berhubung kait dengan tahap adiponektin bermolekul tinggi yang rendah manakala tingkah laku sedentari berhubung kait dengan hidup yang kurang berkualiti dalam kalangan pemandiri kanser payudara. | Makna | 15.07.2018 |
| Will need assistance on translating the term "Retail and Enterprise Distribution" into BM. May i suggest for it to be translated to "Pengedaran Pengguna dan Perusahaan" or "Pengedaran Solusi Kewangan Pengguna dan Perusahaan". It essentially is a centre that provides consumers with retail consumer and SME products/ services. | Terjemahan yang dicadangkan ialah Pusat Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana | Penyemakan dan penterjemahan | 06.01.2017 |
| Assalamualaikum, Is it ok to use "MEMBABI BUTA" in a formal complaint letter? If not, can you suggest another peribahasa that gives the same impact and meaning? Terima Kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "membabi buta" ialah melakukan sesuatu dengan tidak berfikir lebih dahulu (mengamuk, merambang, dan lain-lain). Walau bagaimanapun untuk konteks yang lebih rasmi dan santun, kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan "membuta tuli". | Makna | 17.06.2021 |