Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suis] | سوءيس

Definisi : alat penghubung atau pemutus litar elektrik, alat (yg dipetik) utk menyalakan atau memadamkan lampu elektrik; ~ lampu pemetik lampu; pensuisan proses atau kaedah memasang suis sesuatu: litar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[suis] | سوءيس

Definisi : alat yg menghubungkan atau yg memutuskan sesuatu litaran elektrik: ~ lampu pemetik lampu. pensuisan proses, hal, kaedah dsb memasang suis sesuatu: litar ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata kerja bagi buka atau tutup suis kipas. soalan: memetik suis kipas atau menekan suis kipas? manakah yang paling tepat dan sesuai?Soalan sdr bergantung kepada bentuk suis yg terdapat pada kipas tersebut. Sekiranya suis kipas tersebut memerlukan ia  ditekan, maka suis kipas itu perlu ditekan. Manakala terdapat juga suis kipas yg tidak memerlukan ia ditekan, sebaliknya memerlukan seseorang itu memetiknya.  Dalam keadaan sekarang, terdapat banyak jenis kipas yang berlainan jenis, dan ini terpulang kepada seseorang itu untuk memetik atau menekan kipas tersebut. T.kasih.Lain-lain28.10.2008
Salam sejahtera. Bagaimanakah mengeja perkataan yang mempunyai vokal berganding seperti suis? Dieja [su] + [is] atau dieja sekaligus [suis]? Atau kedua-dua cara mengeja pun betul? Terima kasih.Perkataan suis merupakan dua suku iaitu dieja [su] + [is]. Sebutannya ialah [suis]. Ejaan dan sebutan merupakan perkara yang berbeza.  Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi- Sebutan- Jawi untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
TUAN / PUAN Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya ATAU Kita harus memadam suis televisyen setelah selesai nemontonnyaAyat yang gramatis ialah Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya.Tatabahasa03.11.2016
Salam sejahtera. Suis "trip" selalu disebut "terpelantik". Mohon pengesahan istilah. T. KasihPihak kami mencadangkan "trip switch" diterjemahkan sebagai "suis lepas". Istilah ini telah digunakan dalam bidang kejuruteraan. Sekiranya merujuk istilah "trip device", padanan istilah yang tepat ialah "alat belantik".Istilah18.08.2020
SALAM, AYAT MANA YANG BETUL.. 1. SILA MATIKAN SUIS SELEPAS DIGUNAKAN ATAU 2. SILA PADAMKAN SUIS SELEPAS DIGUNAKANAyat yang gramatis ialah "Sila padamkan lampu selepas digunakan".Tatabahasa22.04.2014
Untuk perkataan vokal bergabung seperti suis, kain, buih.... Adakah ia dikira satu suku kata atau dua suku kata ?Perkataan suis (su.is), kain (ka.in) dan buih (bu.ih) mengandungi dua suku kata.Tatabahasa19.03.2018
Suis kipas tidak dapat saya naikkan selepas petir yang kuat pagi semalam. Ayat di atas betul ke?Penggunaan perkataan yang tepat ialah "Saya tidak dapat menghidupkan suis kipas selepas petir yang kuat pagi semalam."Lain-lain27.04.2022
Suis kipas tidak dapat saya naikkan selepas petir yang kuat pagi semalam. Ayat di atas betul ke?Cadangan padanan ayat yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan ialah, Suis kipas tidak dapat saya hidupkan selepas petir yang kuat pagi semalam.Lain-lain15.04.2022
Salam tuan, Dalam bahasa Inggeris, disebut 'switch off' atau switch on' bagi maksud menutup atau membuka suis lampu, kipas dan yang seumpama dengannya. Soalan saya: Apakah istilah bahasa melayu yang tepat bagi kedua-dua dalam bahasa Inggeris berkenaan. t.kasihPadanan  bagi 'switch off' ialah suis tutup, manakala 'switch on' ialah suis buka.Makna04.10.2010
5. Penterjemahan untuk "standing fan"=kipas yang berdiri? 6. Ibu memetik suis untuk memasang lampu sebelum masak/memasak. 7. Dalam buku aktiviti BM Tahun 2 KSSR Semakan jilid2, muka surat 17: Mereka bermain kabaddi di mana? Kenapa nama permainan ini huruf kecil. Adakah perkataan kabaddi ini kata nama am/kata umum? Tetapi, saya tidak menjumpai perkataan ini dalam kamus dewan. 8. Adakah semua perkataan pinjaman Inggeris kata nama khas? contohnya Internet, WhatsApp/Whatsapp dll. Terima kasih atas perkhidmatan DBP supaya saya tidak salah mendidik anak murid kita-Cikgu.1. Berdasarkan semakan kami tentang penggunaan standing fan, terjemahannya ialah kipas berdiri. Tidak ada maklumat perkataan ini dalam sumber rujukan kami. Kami berpandangan padanan kipas berdiri ini boleh digunakan sehingga ada padanan baharu yang lebih sesuai dikeluarkan.
2. Ibu memetik suis untuk memasang lampu sebelum memasak. 
3. Permainan kabadi ialah kata nama am sama seperti bola sepak dan hoki.
4. Bergantung pada maksudnya dalam bahasa sumber. Internet ialah kata nama khas.
Penyemakan dan penterjemahan30.07.2021
123

Kembali ke atas