Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
suit
[suit] |
سوءيت
Definisi :
bunyi spt bunyi wisel (orang bersiul dll); bersuit mengadakan bunyi spt wisel, bersiul; suitan siulan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
suit
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(1)
Kamus Bahasa Inggeris
(71)
Istilah MABBIM
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(44)
Khidmat Nasihat
(8)
Artikel Akhbar
(9)
Ensiklopedia
(3)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Lounge
suit
(terjemahannya)
Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan lounge
suit
ialah sut urusan.
Ejaan
09.08.2006
Apakah istilah yang sesuai digunakan bagi SCRUB
SUIT
yang digunakan dalam bidang perubatan?
Terjemahan yang sesuai bagi scrub
suit
ialah sut bedah
Makna
25.06.2020
Assalamualaikum. Dalam bahasa Melayu, apakah istilah yang sesuai digunakan untuk: 1. kurta pyjama 2. punjabi
suit
Terima kasih
Terjemahan yang sesuai bagi kurta pyjama ialah
Kurta Pijama
manakala
punjabi
suit
ialah
Sut Punjabi
Makna
10.10.2016
Apakah padanan perkataan bahasa Melayu yang betul untuk 'suite' dalam contoh berikut: A suite of collaboration softwares. (
Suit
/Set perisian kerjasama). Terima kasih.
Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk istilah "suite" ialah
suit
.
Istilah
26.11.2015
Saya ingin bertanya jika terdapat perkataan 'suite' dalam bahasa melayu kerana saya cek Kamus Dewan tiada tetapi dalam carian kata wujud bilik suite dalam Istilah Malaysia. Jika tiada apa pula maksud suite dalam BM. Terima Kasih
Dalam bidang perhotelan istilah suite dikekalkan seperti Bilik Suite, manakala dalam bidang Kesenian istilah suite diterjemahkan kepada
suit
seperti
Suit
Perancis.
Istilah
06.08.2012
Ingin mengemukankan beberapa soalan dan memerlukan huraian secara terperinci. 1. Penggunaan perkataan t-shirt dan track
suit
. Soalan: Perlu diitalikan atau tidak? Huruf 't' pada perkataan t-shirt perlu besar atau tidak? 2. kundasang war memorial dan poring hot spring. Soalan: perlu atau tidak diitalikkan? sekiranya nama tempat tersebut tidak terdapat dalam bahasa melayu adakah ia tidak perlu diitalikkan? Contohnya: BI : kundasang war memorial BM : tugu peringatan kundasang 3.Perkataan waalaikumussalam. Soalan: Perlu diitalikkan atau tidak? Kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam kamus dewan. Adakah konteks penggunaannya sama dengan perkataan assalamualaikum? 4. perkataan mad wajib. Soalan: adakah ia merupakan kata nama khas? Sekiranya perkataan tersebut adalah kata pinjaman adakah ia perlu diitalikkan?
1. T-shirt dan track
suit
telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu kemeja-T dan pakaian trek.
2. Begitu juga dengan war memorial telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu tugu peringatan atau tugu peringatan perang. Oleh itu Kundasang war memorial boleh diterjemahkan kepada Tugu Peringatan Perang Kundasang.
3. Perkataan waalaikumussalam tidak perlu diitalikkan.
4. Perkataan mad wajib ialah istilah khusus bahasa Arab dan perlu diitalikkan.
Tatabahasa
08.05.2012
Apakah terjemahan yang sesuai bagi ayat 'the last payment out of court' dalam ayat yang berikut: 'No claim application action
suit
or other proceeding for or in respect of such money has been or is made or instituted for a period of fifteen years after the last payment out of court of any part of such money or (where no payment out of court has been or is made) after such payment into court. Sama ada boleh diterjemah seperti yang berikut: a. pembayaran keluar yang terakhir daripada mahkamah; atau b. pembayaran terakhir di luar mahkamah.
Terjemahan yang sesuai bagi ayat 'the last payment out of court' ialah pembayaran terakhir di luar mahkamah.
Makna
06.08.2020
Salam sejahtera, Terima kasih atas bantuan yang telah pihak DBP berikan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Customize"? a) Sesuaikan b) Suaikan c) Lain-lain (mohon bantuan DBP dalam mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai). Maksud: To modify or assemble hardware or software to
suit
the needs or preferences of the user. Terima kasih sekali lagi.
Kami mencadangkan perkatan
customize
diterjemahkan kepada menyesuaikan atau disesuaikan, bergantung pada konteks ayat yang digunakan.
Lain-lain
27.05.2015
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...