Kebanyakan anggota keluarga saya sukakan filem yang penuh dengan adegan sedih. soalan saya ialah kenapa kesalahan tatabahasa ialah sukakan? apakah perkataan yang paling sesuai digunakan di sini? ( menyukai) | Perkataan sukakan salah kerana tidak menggunakan imbuhan. Perkataan yang betul ialah menyukai. | Tatabahasa | 05.06.2008 |
tuan sukakan salah..tetapi adakah terkenangkan dan teringatkan betul?? tq | Kata terkenangkan, teringatkan, suka akan atau menyukai boleh digunakan, tetapi tidak ada kata terbitan sukakan. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Adakah saya boleh memendekkan 'cinta akan' menjadi 'cintakan' dan 'suka akan' menjadi 'sukakan' untuk terjemahan tidak-untung (non-profit) untuk dipaparkan sebagai sarikata dalam video bahasa asing yang bergerak laju? dalam video bahasa asing itu, bhg awalnya dia kata 'Saya sangat suka' ketika berbasikal mengejar kereta api terbang yang hendak bergerak keluar dari landasan ke arah langit, kemudian dia berhenti berkata sekejap (2 saat) sebelum menyambung 'sukakan X', 2 saat kemudian 'sukakan Y' (X dan Y ialah nama watak penggantian (substitution)) | Dalam memerikan unsur emotif perkataan perkataan yang betul ialah cinta akan dan suka akan. Oleh itu, dalam memerikan unsur emotif yang seterusnya perkataan yang digunakan mestilah sama, iaitu suka akanĀ X dan suka akan Y. | Tatabahasa | 24.02.2014 |
1.Adik sangat sukakan kucing itu.(Adakah ayat itu salah_) 2.Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah.(Adakah ayat itu salah) 3.Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas.(Apkah kesalahannya) 4. Apakah perbezaan "mengajarkan" dan ' mengajar" 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim.(Apakah kesalahannya) 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar.(apakah kesalahannya) 7. Dia menyayangi anaknya.(adakah ayat itu salah) 8. Apakah perbezaan "merindui" dan merindukan Ribuan terima kasih. | 1. Adik sangat sukakan kucing itu. - salah, imbuhan kan di situ untuk ayat perintah seperti bukakan pintu itu. 2. Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah. - betul, suka dalam ayat ini berfungsi sebaai kata bantu. 3. Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas. - salah, perkatan jarang bermaksud tidak kedap tenunannya. 4. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang; ia menajarkan cara-cara mengendalikan mesin tersebut, manakala "mengajar" bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain. 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim. - tidak salah. 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar. - tidak salah 7. Dia menyayangi anaknya. - tidak salah. 8. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu. | Tatabahasa | 07.10.2009 |
Anak saya menulis karangan yang antara ayatnya berbunyi, "Ibu saya sangat sukakan kucing." Guru BM tidak membuat sebarang pembetulan. Adakah ayatnya betul atau seharusnya berbunyi, "Ibu saya sangat suka akan kucing."? | Ayat yang gramatis ialah, "Ibu saya sangat suka akan kucing." | Tatabahasa | 26.01.2010 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk: 1)Blood orange. 2)Tempered chocolate. 3)Pushing boundries. 4)Food truck (menjual makanan dari trak) 5)Century egg 6)Chicken tenders (sejenis hidangan) 7)Pan-sear (cara masakan) 8) Bezel (untuk jam tangan dan telefon bimbit) 9)South Carolina (adakah ia kekal seperti itu atau diterjemah sebagai Carolina Selatan?) 10) Mengapakah ayat sukakan, rindukan dan sepertinya salah dari segi gramatis? | 1. Padana bahasa Melayu untuk "food truck" ialah trak makanan. South Carolina perlu diterjemah kepada Carolina Selatan. Perkataan lain yang dikemukakan tidak mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. Sila berikan konsep istilah tersebut untuk dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. 2. Tidak ada perkataan "rindukan" dan "sukakan" dalam bahasa Melayu. Bentuk yang betul ialah suka akan dan rindu akan. | Istilah | 21.10.2016 |
Bagaimanakah perkataan 'Ia' patut digunakan? Adakah perkataan ini hanya digunakan untuk objek? Adakah perkataan ini sama dengan perkataan 'It' dalam bahasa Inggeris ataupun adakah perkataan ini digunakan semata-mata untuk manusia? | Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat berikut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin. Perkataan "Ia" dalam bahasa Melayu tidak sama dengan perkataan "It" dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 08.12.2006 |
Apakah kata pengganti nama bagi barang. misalnya; Saya sukan akan basikal ini. Ia saya beli kelmarin. Betulkah penggunaan "Ia" itu? | Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat tersebut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin. | Tatabahasa | 06.12.2006 |