MAKLUMAT SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 2005 DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 2005? | Untuk mendapatkan maklumat Huraian Sukatan Pelajaran dan Sukatan Peajaran Bahasa Melayu, anda boleh melayari laman web Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) http://www.ppk.kpm.my/. HSP dan SP juga ada dijual di Kedai Buku Koperasi DBP Ibu Pejabat. | Lain-lain | 03.02.2008 |
Saya mohon maklumat tentang bahan cetakan seperti Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk Kurikulum Kebangsaan bagi kategori Sekolah Prasekolah, Sek Kebangsaan dan Sek Menengah. Adakah bahan tersebut boleh didapati dipasaran ketika ini atau dimana boleh kami dapatkan selain di internet. Sekian Terima kasih. | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 14.12.2015 |
di mana saya boleh dapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang terkini ? | Saudara Jong, Sial hubungi Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. saudara boleh juga mengunjungi Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat Bawah, Menara DBP, KL. | Lain-lain | 07.01.2010 |
Saya ingin tanya, tahun 2012,adakah buku teks untuk pelajar tahun 4 akan tukar sukatan pelajaran yang baru? Pada tahun 2012, mata pelajaran apakah akan tukar sukatan pelajaran untuk sekolah rendah dan sekolah menengah? Harap dapat maklumbalas tuan secepat mungkin. Sekian, terima kasih | Sdr dicadangkan menghubungi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang Sdr perlukan. | Lain-lain | 23.02.2011 |
jurnal kajian sukatan pelajaran bahasa melayu kbsr | Sdr. Husnaryta, Ingin dimaklumkan Pusat Dokumentasi Melayu DBP tidak menyimpan jurnal yang berkenaan. Oleh itu dicadangkan sdr. menghubungi Pusat Sumber , Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya di talian 03 8884 2000 | Lain-lain | 31.07.2007 |
makna silibus atau sillibus? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan silibus atau sillibus, namun padanan bahasa Inggeris ialah sllyabus, bermaksud sukatan pelajaran. | Makna | 12.02.2010 |
adakah sukatan pelajaran komsas 2011 masih sama dengan sukatan 2005? boleh sertakan judul baru komsas sekirannya berlaku perubahan. | Sdr boleh menghubungi Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. | Lain-lain | 24.05.2010 |
Adakah ayat ini gramatis? Jika tidak, tolong betulkan ayat ini. 1.Kedua-dua guru bahasa Inggeris telah mengemas kini Rancangan Pelajaran Harian. 2.Rancanga Pelajaran Tahunan dan Rancangadn Pelajarian Harian telah diseiakan dengan kemas kini oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran. | Ayat pertama betul. Cadangan untuk ayat kedua ialah 'Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian telah disediakan oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran. | Tatabahasa | 05.12.2008 |
Salam, boleh beri panduan cara-cara mengajar asas penulisan untuk murid tahun 3 atau 4 | Sila rujuk sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan buku/artikel yang berkaitan dengan pedagogi dan penulisan seperti buku Seni Mengarang - Penulisan Karangan KBSM, Popular, Ilmiah, karya Dr. Sulaiman Masri. | Lain-lain | 03.07.2011 |
ejaan manakah yang tepat antara silabus dan silibus? | Salam sejahtera, Tuan, Perkataan silabus atau silibus tiada dalam bahasa Melayu. Padanan syllabus dalam bahasa Melayu ialah sukatan pelajaran. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 22.01.2018 |