Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinik | Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak - 1 suku kata (tiada pemenggalan) 2) syampu - 2 suku kata [syam + pu] 3) syabas - 2 suku kata [sya + bas] 4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an] 5) syiling - 2 suku kata [syi + ling] 6) syarikat - 3 suku kata [sya + ri +kat] 7) syer - 1 suku kata (tiada pemenggalan) 8) khabar - 2 suku kata [kha + bar] 9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah] 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah] 11) klinik - 2 suku kata [kli + nik] | Tatabahasa | 07.06.2017 |
1) Boleh huraikan tentang suku kata terbuka dan suku kata tertutup? 2) Terangkan tentang suku kata bagi perkataan "emak", "kakak", dan "buah". Saya keliru dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia muka surat 37 (BM3.5.6,BM3.5.7,dan BM3.58) | 1. Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
perkataan "dia" terdiri daripada 1 suku kata atau 2 suku kata ? dia / di-a | Untuk makluman, perkataan "dia' mempunyai dua suku. | Tatabahasa | 19.12.2016 |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Contoh ayat: 1. Bahasa utamanya ialah bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis, dan bahasa Turki. 2. Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Yahudi dan lain-lain. 3. Dia telah menjalankan penyelidikan di Vietnam, di Indonesia, dan di Thailand. Adakah perkataan "bahasa", "suku", dan kata sendi nama "di" dalam ayat-ayat tersebut perlu diulang bagi setiap contoh atau boleh digugurkan bagi contoh yang kedua dan seterusnya? | Waalaikumussalam perkataan bahasa, suku dan kata sendi nama di tidak perlu diulang bagi contoh yang seterusnya. | Tatabahasa | 07.02.2017 |
Salam sejahtera, 1 Suku kata bagi tarikh ialah ta.ri.kh atau ta.rikh? 2.suku kata bagi akhir ialah a.khir? Terima kasih. | Pemenggalan suku kata yang betul ialah ta+rikh dan a + khir. | Tatabahasa | 01.08.2020 |
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Saya ingin mengetahui ejaan perkataan di bawah jika dipisahkan sebutan suku katanya, bagaimanakah sebutan yang sebetulnya? 1. siap ( satu suku kata @ dua suku kata) 2. naik( satu suku kata @ dua suku kata) 3. main( satu suku kata @ dua suku kata) Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/ puan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terima kasih. | Dikira dua suku kata | Istilah | 03.09.2010 |
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih. | Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. | Tatabahasa | 21.01.2010 |
Kita tahu bahawa setiap bunyi dalam perkataan mewakili 1 suku kata. Vokal berganding seperti 'ua' menghasilkan dua bunyi. Bunyi vokal berganding yang terdapat dalam perkataan 'dua' dan 'tua', hadirnya dua bunyi,seolah-olah dieja seperti 'tuwa' & 'duwa' Soalan saya, 'dua' & 'tua' mempunyai 1 bunyi suku kata atau 2 bunyi suku kata? | Perkataan dua dan tua mempunyai satu suku kata. | Lain-lain | 18.07.2010 |
1)Adakah suku kata - rai dalam perkataan sorak-sorai ialah suku kata terbuka? 2)Adakah suku kata -ah dalam perkataan meriah merupakan suku kata tertutup? | Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Oleh itu, kata RAI = KVV ialah suku kata terbuka dan MERIAH = KVKVVK ialah suku kata tertutup. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Berapa suku kata bagi "JUADAH" dan "JUA"? | Salam sejahtera, 1.Suku kata bagi JUADAH ialah JUA-DAH. Manakalah JUA ilalah JU Sekian, terima kasih. | Ejaan | 21.05.2020 |