| Soalan: Kenapa ejaan bagi perkataan "lama" dalam jawi di eja "لاما"? Jawapan: Kata lama terdiri daripada dua suku kata, iaitu suku kata praakhir ‘la’ dan suku kata akhir ‘ma’. Dalam sistem tulisan Jawi, apabila suku kata akhir tidak bermula dengan salah satu huruf dal (د), ra (ر), lam (ل), wau (و) atau nga (ڠ), huruf alif digunakan untuk melambangkan vokal [a] di suku kata praakhir (la/لا) sahaja. (Sumber: Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan; 2020, hlm.32-33) jadi, kenapa alif ditulis pada suku kata akhir ma/ما? لآila saya semak di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, lama dieja لاما. | Berdasarkan pangkalan data Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), ejaan Jawi untuk perkataan “lama” masih dieja dengan ejaan lama, iaitu “لاما”. Manakala ejaan Jawi yang baharu dan betul ialah “لام”. Untuk makluman tuan, DBP sedang mengemas kini pangkalan data tersebut dan proses ini berjalan secara berterusan. Kami mengucapkan terima kasih atas perhatian dan makluman yang diberikan. Pihak kami akan sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan kami. | Ejaan | 04.07.2024 |
| Nombor matriks mahasiswa atau nombor matrik mahasiswa. | Frasa yang betul ialah 'kad matriks mahasiswa'. Ini kerana penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata (atau akhir suku kata)bagi kata yang diterima gugus konsonan -x akan menjadi -ks, maka matrix akan menjadi matriks. Contoh lain seperti complex menjadi kompleks, reflex menjadi refleks dan duplex menjadi dupleks. | Istilah | 23.09.2014 |
| Adakah lama web PRPM mempunyai fungsi mencari kata melalui suku kata akhir? Saya ingin mencari perkataan yang berakhir dengan 'sy' (skuasy, Arasy). | Untuk makluman tuan, setakat hari ini, PRPM belum mempunyai fungsi carian melalui suku kata akhir. | Tatabahasa | 27.11.2017 |
| kenapa perkata budaya بودايا ada alif diakhirnya? | Mengikut Hukum Luar Darlung, apabila suku kata praakhir terbuka berbunyi [a] diikuti suku kata akhir terbuka yang juga berbunyi [a], maka huruf alif hanya digunakan untuk melambangkan huruf praakhir sahaja, seperti ejaan کباي dan سباي . Walau bagaimanapun terdapat beberapa patah perkataan yang terkecuali daripada hukum ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan perkataan lain seperti supaya dan supai, maka huruf praakhir dan akhir diwakili oleh huruf alif. Perkataan budaya tidak tertakluk pada alasan ini kerana tidak ada perkataan budai. Hal ini perlu kami rujuk kepada pakar ejaan Jawi. | Ejaan | 08.10.2018 |
| Salam sejahtera, 1 Suku kata bagi tarikh ialah ta.ri.kh atau ta.rikh? 2.suku kata bagi akhir ialah a.khir? Terima kasih. | Pemenggalan suku kata yang betul ialah ta+rikh dan a + khir. | Tatabahasa | 01.08.2020 |
| Adakah rima akhir yang digarisi betul? | Rima akhir sesebuah pantun terletak pada suku kata belakang sesuatu perkataan akhir setiap baris pantun dalam corak a-b-a-b. Menurut pandangan saya rima-rima akhir yang digarisi BETUL. | Karya | 07.05.2025 |
| Penggunaan ritma pantun yang kurang tepat, semasa penutup kata pada setiap kali Berita RTM. "Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka". Ritma di penghujung 'ra' dan 'ka', agak pelik. Mohon pencerahan. | Untuk makluman, rima ialah bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris puisi (pantun). Rima akhir pula ialah rima pada setiap baris sesebuah puisi seperti rima dalam pantun empat kerat, iaitu a,b; a, b. Untuk rima akhir perkataan "segara" dan "merdeka", iaitu "ra" dan "ka" merupakan rima yang dikenali sebagai rima yang tidak sempurna tetapi diterima kerana bunyinya hampir sama apabila didengar. | Sastera | 27.02.2024 |
| 1. Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "permainan", 'makanan" dan "bermain"? 2. Saya mendapati penceraian suku kata bagi "permainan" adalah (per+mai+nan) manakala "makanan" adalah (ma+kan+an). Mengapakah penceraian suku kata bagi kedua perkataan ini berbeza vagi imbuhan (-an) di akhir perkataan? 3. Bagi penceraian suku kata "bermain" pula adalah (ber+ma+in), jadi bukankan sepatutnya penceraian suku kata bagi perkataan "permainan" adalah (per+ma+in+an)? 4. Bolehkah pihak tuan jelaskan apakah faktor yang menentukan penceraian sesuatu perkataan itu menjadi begitu? | 1. Pemenggalan suku kata bagi permainan [Per.mai.nan], makanan [ma.ka.nan] dan bermain [ber.main]. 2. Kedua-dua perkataan tersebut tidak terbeza apabila menerima imbuhan. Dapatan tuan silap. 3. Kata dasar ialah main dan pemenggalan suka kata [main]. Apabila menerima imbuhan ber- akan menjadi [ber.main]. Apabila menerima imbuhan apitan menjadi [ber.mai.nan].
| Lain-lain | 02.02.2018 |
| Selamat sejahtera, tuan 1. Apakah suku kata bagi perkataan "akhir" ? 2. Adakah tanda titik wajib digunakan dalam perkataan singkatan? Contohnya, S.J.K.(C.) Damansara atau SJKC Damansara?U.P.S.R. atau UPSR? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, suku kata perkataan akhir ialah a.khir. 2. Untuk makluman saudara, bagi singkatan yang hanya menggunakan huruf pertama perkataan, singkatan tersebut ditulis tanpa tanda titik. Oleh itu, yang betul ialah SJK(C) Damansara dan UPSR. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
| Saya Ahmad ingin bertanya bab tatabahasa apakah vokal akhir terima kasih wassalam | Vokal akhir ialah vocal yang berada pada kedudukan akhir dalam sesuatu perkataan yang mempunyai suku kata terbuka seperti saya, api dan teko. | Tatabahasa | 30.09.2015 |