tarian sumazau atau tarian Sumazau? Yang mana satukah lebih tepat? Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah sumazau. Sila rujuk PRPM untuk semakan ejaan dan makna. | Tatabahasa | 29.10.2020 |
Jali dan Annila menari tarian sumazau itu secara berpasangan. Maksud berpasangan yang manakah lebih tepat? Berdua-dua, bersama-sama, beriring-iring atau berdekat-dekat? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, berpasangan bermaksud berdua-dua, sepasang-sepasang. Contoh ayat: Kasut itu disusun berpasangan. Mereka datang ke kelab malam itu berpasangan. Puan boleh merujuk kamus untuk makna perkataan. | Tatabahasa | 27.07.2020 |