para penonton diminta duduk supaya tidak kelihatan sumbang. (tuan, sumbang adalah salah dan patut digantikan dengan perkataan apa? tq | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sumbang bermaksud 1. tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal 2. tidak betul perbuatannya; salah; silap 3. tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina dll). Perkataan sumbang boleh digantikan dengan perkataan lain, misalnya janggal, pelik, dan sebagainya, bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 09.09.2011 |
yang mana satu betul untuk digunakan dalam penulisan? 1) sumbang saran / sumbang-saran 2) kraftangan / kraf tangan | Ejaan yang betul ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal">sumbang sarani> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal">kraf tangani>. | Ejaan | 28.08.2014 |
Apa beda antara "sumbang mahram" dengan "sumbang muhrim"? | Dalam Kamus Dewan, terdapat istilah sumbang mahram yang bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan ayah dengan anak perempuannya. | Makna | 05.09.2013 |
Apakah maksud sumbang mahram? | Sumbang mahram bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota terdekat daalm sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuannya. | Makna | 07.09.2016 |
Apakah maksud sumbangsaran | Ejaan yang betul ialah "sumbang saran". Sumbang saran bermaksud perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya.
| Makna | 05.08.2016 |
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Bolehkah perkataan "bersumbang saran" diterima sebagai kata kerja untuk perbuatan menyertai sesuatu sesi sumbang saran? | Untuk makluman, perkataan sumbang saran sudah memadai bagi menunjukkan wujudnya aktiviti atau sesi sumbang saran. | Tatabahasa | 22.04.2020 |
Noryani tergelincir setelah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang. munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan tergelincir? TK | Noryani tergelincir setelah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang. Perkataan yang seerti dengan tergelincir ialah tergelongsor, terpeleset dan tersendorong. Saudara boleh layari prpm.dbp.gov.my untuk membantu carian kata dan makna. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan. | Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah: Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai Refleksi diri = Gambaran diri Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang | Lain-lain | 17.10.2015 |
boleh bagi contoh sebutan sumbang yang tidak boleh digunakan untuk membina sesuatu istilah | Kata tersebut ialah buritan bagi maksud bahagian belakang perahu. | Lain-lain | 29.01.2008 |
Terima kasih atas jawapan tuan terhadap soalan saya berkenaan "sumbang mahram". Merujuk fail yang saya lampirkan, terdapat percanggahan jawapan sebelum ini, dan saya mohon perbetulkan. Terima kasih. | Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Kami mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut dan akan perbetulkan . | Tatabahasa | 09.09.2013 |