| Apakah maksud sumbang mahram? | Sumbang mahram bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota terĀdekat daalm sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuannya. | Makna | 07.09.2016 |
| Apa beda antara "sumbang mahram" dengan "sumbang muhrim"? | Dalam Kamus Dewan, terdapat istilah sumbang mahram yang bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan ayah dengan anak perempuannya. | Makna | 05.09.2013 |
| Terima kasih atas jawapan tuan terhadap soalan saya berkenaan "sumbang mahram". Merujuk fail yang saya lampirkan, terdapat percanggahan jawapan sebelum ini, dan saya mohon perbetulkan. Terima kasih. | Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Kami mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut dan akan perbetulkan . | Tatabahasa | 09.09.2013 |
| Undang-undang Persekutuan atau undang-undang persekutuan? Contoh ayat: Sebaliknya, kesalahan seperti zina, liwat, dan sumbang mahram walaupun digubal dalam enakmen syariah tidak boleh dilaksanakan kerana sudah terkandung dalam undang-undang Persekutuan (Kamali, 2018). | Ejaan yang betul ialah undang-undang persekutuan melainkan frasa tersebut pada pangkal ayat, huruf besar perlu digunakan pada permulaan kata iaitu Undang-undang persekutuan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2472. | Tatabahasa | 19.01.2026 |