yang mana satu betul untuk digunakan dalam penulisan? 1) sumbang saran / sumbang-saran 2) kraftangan / kraf tangan | Ejaan yang betul ialah sumbang saran dan kraf tangan. | Ejaan | 28.08.2014 |
Apakah maksud sumbangsaran | Ejaan yang betul ialah "sumbang saran". Sumbang saran bermaksud perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya.
| Makna | 05.08.2016 |
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Bolehkah perkataan "bersumbang saran" diterima sebagai kata kerja untuk perbuatan menyertai sesuatu sesi sumbang saran? | Untuk makluman, perkataan sumbang saran sudah memadai bagi menunjukkan wujudnya aktiviti atau sesi sumbang saran. | Tatabahasa | 22.04.2020 |
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan. | Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah: Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai Refleksi diri = Gambaran diri Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang | Lain-lain | 17.10.2015 |
apakah terjemahan yang tepat bagi 'brainstorming' di dalam bahasa melayu | Padanan yang tepat ialah sumbang saran. | Istilah | 02.12.2009 |
Minta traslate 'Crash workshop' dalam Bahasa Melayu, adakah 'bengkel rintis' boleh digunakan. Terima Kasih. | Cadangan padanan yang sesuai ialah Bengkel Sumbang Saran. | Istilah | 19.06.2020 |
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAI | Ayat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAI | Tatabahasa | 09.04.2013 |
what is the translation for "ice-breaker" in the context of meeting for the first time and getting to know each other better. | Padanan yang boleh diberi bagi "ice-breaker" dalam konteks ini ialah "sesi sumbang saran". | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2007 |
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih. | Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara. | Lain-lain | 08.01.2009 |