| Asssalam, Saya perlu khidmat nasihat untuk penterjemahan nama jabatan di bawah "HR Governance, People Strategy & Planning, Global Human Resource Partner Upstream" Tadbir Urus Sumber Manusia, Strategi dan Perancangan Sumber Manusia, Rakan Sumber Manusia Global Urus Niaga Huluan Terima Kasih | Tadbir Urus Sumber Manusia, Strategi dan Perancangan Sumber Manusia, Rakan Sumber Manusia Global Urus Niaga Huluan Terjemahan tersebut adalah betul. | Makna | 05.01.2022 |
| Mohon terjemahkan perkara-perkara berikut bagi tujuan membuat Business Card pegawai-pegawai ke Bahasa Inggeris: 1. Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Ketua Penolong Setiausaha Unit Dasar dan Perancangan Strategik Sumber Manusia 3. Unit Perancangan Sumber Manusia Guru 4. Unit Perancangan Sumber Manusia Bukan Guru 5. Unit Pemantauan dan Penilaian Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com. | Istilah | 25.01.2018 |
| penerangan sumber manusia | Sumber manusia dalam konteks organisasi merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam organisasi.Mereka ada peranan masing-masing yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi. | Lain-lain | 23.01.2008 |
| Manakah antara berikut adalah betul? A. Sebagai eksekutif sumber manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawak kontrak perkhidmatan. B. Sebagai Eksekutif Sumber Manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan. | Ayat yang betul ialah 'Sebagai Eksekutif Sumber Manusia, Faridah diberikan maklumat tentang terma dan syarat kontrak perkhidmatan'. | Tatabahasa | 21.06.2023 |
| apakah maksud pengekosan sumber manusia | Assalamualaikum. Berdasarkan Kamus Dewan 4 makna "pengekosan" adalah anggaran semua kos yang terlibat dalam satu urusan misalnya perniagaan. Merujuk kepada pertanyaan tuan, perkataan pengekosan sumber manusia berkemungkinan merujuk kepada anggaran semua kos yang terlibat dalam urusan pengambilan sumber manusia seperti gaji, elaun, sumbangan KWSP, kos latihan, kos perubatan dan sebagainya. | Lain-lain | 26.02.2009 |
| Aziz ialah Pengurus Sumber Manusia di sebuah Syarikat Pembangunan Perisian Global. Adakah betul penggunaan kata nama khas itu? | Penggunaan kata nama khas "Pengurus Sumber Manusia" seperti dalam ayat tersebut betul. Untuk rujukan perkara yang berkaitan dengan kata nama khas, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84-85. | Tatabahasa | 08.05.2024 |
| Apakah beza istilah personel dan sumber manusia? | Personel bermaksud pegawai, kakitangan (pejabat dan sebagainya); manakala sumber manusia ialah sumber tenaga daripada manusia. | Makna | 08.01.2019 |
| Deringan telefon daripada bahagian sumber manusia @ deringan telefon dari bahagian sumber manusia. | Kedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama merujuk tempat dan ayat kedua merujuk sumber. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
| definasi qrganisasi kaitan dengan sumber manusia | Organisasi ialah kesatuan (susunan dll) yang terdiri daripada bahagian (orang dll) dalam sesebuah pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb); pertubuhan. Kaitan dengan sumber manusia adalah dari segi perancangan, keperluan, sumbangan dan objektif yang hendak dicapai. Misalnya, adakah pengambilan staf baru akan melonjakkan pencapaian prestasi organisasi atau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. | Makna | 28.06.2008 |
| Apakah istilah bahasa Malaysia yang sesuai bagi perkataan berikut : 1. Chief People Officer 2. People Operations Department Perkataan "People" di sini merujuk kepada pekerja atau sumber manusia bagi sebuah organisasi. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Merujuk soalan 1, istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Chief People Officer ialah Ketua Pegawai Sumber Manusia. Merujuk soalan 2, berdasarkan frasa 'People Operations Department', padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah Bahagian Sumber Manusia dan perkataan 'People' tersebut merujuk sumber manusia bagi sebuah organisasi. | Istilah | 18.02.2018 |