Boleh berikan saya pengenalan tentang golongan kata untuk dimasukkan ke dalam assignment saya.Tolong berikan jurnal,sumber rujukan atau bibliografi yang sahih untuk saya masukkan dalam sumber rujukan assignment saya.terima kasih | Untuk mendapatkan maklumat tetang tugasan pengajian puan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran di tempat puan belajar. | Lain-lain | 31.07.2014 |
sumber rujukan untuk tatabahasa | Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
Selamat sejahtera tuan puan, saya ingin bertanya mengenai perbezaan jenis kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus. Saya keliru dengan kedua-dua jenis kata majmuk ini kerana beberapa sumber rujukan (bahasa Melayu) yang pernah saya baca menyatakan maklumat yang agak berbeza antara satu sama lain. Sebuah buku menyatakan bahawa kata majmuk rangkai kata bebas ialah percantuman kata dasar daripada mana-mana golongan kata manakala kata majmuk istilah khusus merupakan kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu dan jawatan seperti lut sinar (contoh bidang ilmu) dan Naib Canselor (contoh jawatan). Namun begitu, beberapa hari lalu saya terbaca dalam satu kompilasi nota BM STPM (Sem 1-3) berbentuk PDF yang menyatakan kata majmuk rangkai kata bebas terdiri daripada umum dan gelaran. Contohnya, alat tulis (umum), Naib Canselor, dan Raja Muda (gelaran). Kata majmuk istilah khusus pula hanya terdiri daripada kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu. Sumber-sumber rujukan dalam internet yang saya juga baca menyatakan maklumat yang berbeza-beza. Hal ini membuatkan saya keliru. Yang mana satukah maklumat yang betul dan boleh digunakan pada masa kini? Apakah perbezaan di antara kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus? Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk menyelesaikan kekeliruan saya ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak DBP amatlah saya hargai. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkai kata bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah. Kami berpandangan pembezaan ini berdasarkan konteks penggunaannya, kata majmuk rangkai kata bebas digunakan dalam konteks umum, manakala kata majmuk istilah khusus digunakan dalam wacana ilmiah yang berkaitan dengan peristilahan. | Tatabahasa | 24.05.2020 |
Apakah format sumber rujukan untuk tulisan ilmiah di sekolah? Adakah guna format APA atau format DBP? Di mana saya boleh dapat format DBP? | Untuk makluman pihak tuan, DBP mempunyai format tersendiri dalam penulisan ilmiah. Namun begitu, pemilihan tulisan ilmiah di sekolah bergantung kepada pihak tuan untuk mengikut sama ada format APA atau format DBP (Gaya Dewan). | Lain-lain | 06.10.2019 |
dimana boleh dapat quraneqalam | Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada maklumat berkaitan quraneqalam. | Lain-lain | 29.01.2011 |
apakah bunyi monyet? | Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada bunyi khusus yang boleh digelar sebagai bunyi monyet seperti mana bunyi ayam dan itik. Sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 20.01.2011 |
Apa makna 'tahap gaban'? | Dalam sumber rujukan kami, tidak terdapat maksud frasa "tahap gaban", atau makna perkataan gaban itu sendiri. | Makna | 15.09.2009 |
instruksional | Tidak ada perkataan instruksional dalam sumber rujukan kami. Yang ada perkataan ialah instruksi iaitu perkataan Indonesia yang bermaksud perintah atau arahan dan berkemungkinan instruksional ialah akronim kata instruksi dengan perkataan lain seperti rasional kerana Indonesia gemar menggunakan perkataan akronim. | Makna | 05.01.2012 |
mengendalan dan mengendali,apa bezanya? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada kata mengendalan dan kata terbitan yang betul bagi kendali ialah mengendalikan (bukan mengendali), kata kerja transitif yang bermaksud mentadbirkan sesuatu persatuan dan lain-lain. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
makna perismu | Tiada istilah ini dalam sumber rujukan kami. | Makna | 21.12.2009 |