orang sunda suka makan ulam tolok. Tuan, tolok salah digunakan. apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan tolok tq | Untuk makluman, tidak ada perkataan ulam tolok dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan tolok dan mempunyai beberapa maksud. Salah satu maksud tolok adalah seperti yang berikut: sejenis tumbuhan (pokok kecil yang buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda). | Makna | 19.09.2011 |
Adakah bahasa Melayu mempunyai kata padanan untuk istilah kijing (asal Jawa) atau jahul (asal Sunda)? Takrif kedua - dua perkataan itu sama iaitu penutup makam/kubur yang menyatu dengan batu nisan. Bolehkah saya menggunakan kata kijing/jahul dalam penulisan dan perlukah diitalikkan? Gambar rujukan bagi kijing/jahul boleh dilihat melalui pautan ini: (https://twitter.com/ivanlanin/status/1069212655057952768?s=19) | Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan, kijing merujuk kepada sejenis binatang laut seperti kepah yang boleh dimakan. Jahul pula tidak dijumpai dalam data kami. . Sekian, terima kasih. | Istilah | 02.12.2018 |
apakah maksud 'juragan' | Maksud juragan merujuk Kamus Dewan 1. nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal); 2. (Sunda) tuan, puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik). | Makna | 12.12.2006 |
maksud tolok? | Menurut kamus dewan, tolak membawa maksud bandingan, imbangan (yg sama), tara. Tolok juga membawa maksud sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis. | Makna | 12.12.2012 |