| Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih. | Salam sejahtera, MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk –nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295) Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat; - Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.
- Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat; - Lajunya ialah 100km sejam.
- Bukan kepalang sakitnya.
Sekian. | Lain-lain | 27.09.2021 |