apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan | Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.12.2009 |
Sup ayam atau ayam sup? Kari ikan atau ikan kari? | Mengikut Hukum D - M, Kari Ikan. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ikan. Jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Lain-lain | 29.11.2015 |
Selamat pagi. Saya ingin bertanya, minum sup ataupun makan sup. Sekian, terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan ‘sup’ sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam; sup kambing. Oleh sebab, sup dikategorikan sebagai makanan, maka kata kerja yang digunakan ialah makan. | Tatabahasa | 13.08.2014 |
“Kakak suka makan sup ayam atau sup sayur?” Adakah kata kerja makan boleh digunakan untuk sup? | “Kakak suka makan sup ayam atau sup sayur?” Ayat ini betul dan kata kerja makan boleh digunakan untuk sup. | Tatabahasa | 29.10.2024 |
Tolong nasihat samada minum sup boleh diterima atau tidak? | Menurut Kamus Dewan, sup sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam: sup kambing. Oleh sebab sup dikategorikan sebagai makanan, maka kata kerja yang sesuai digunakan ialah "makan". | Tatabahasa | 14.05.2015 |
Soalan seperti di Lampiran. Terima kasih | 1. Cara penulisan yang betul ialah 28<sup>osup>C hingga 29<sup>osup>C dan 5% hingga 10% 2. Ya, cara penulisan ini terpakai untuk unit lain. 3. Penggunaan perkataan hingga boleh digantikan dengan tanda (-) pisah . [Rujukan Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 114] | Lain-lain | 10.04.2025 |
Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan lugas? Adakah menerangkan tentang sifat? Contoh ayat: Struktur ayat jelas dan bermakna lugas | Kata "lugas" bermaksud: lugas<sup>1sup> melugas kata kerja tak transitif berasa hendak tersedak. lugas<sup>2sup> Kedah kata kerja tak transitif 1 menanggalkan atau melucutkan kesemuanya sekali barang kemas, pakaian dan sebagainya; 2 mengambil atau memetik kesemuanya sekali buah di atas pokok. Penggunaan kata "lugas" dalam ayat "Struktur ayat jelas dan bermakna lugas" tidak bersesuaian dengan makna yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1360). Kami beranggapan terdapat kesilapan dalam penaipan kata tersebut, mungkin katanya "luas" bukannya "lugas". | Makna | 10.05.2024 |
Salam Sejahtera, perkataan yang manakah menepati tatabahasa untuk dijadikan sebagai nama produk makanan segera. 1. Bihun Sup Ayam Rempah 2. Bihun Sup Ayam Berempah 3. Bihun Sup Rempah Perisa Ayam 4. Bihun Sup Rempah Berperisa Ayam Terima Kasih | Penggunaan yang betul dan sesuai ialah “Bihun Sup Ayam Rempah”. | Lain-lain | 17.05.2024 |
Apa maksud perkataan matan dalam ayat di bawah? "Melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya." | Makna bagi kata "matan" yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1428) ialah: matan<sup>1sup> kata nama 1 naskhah asli, teks pidato, syarahan dan lain-lain: Manuskrip ini merupakan gabungan matan dan syarah tulisan tangan asli Syeikh Ahmad al-Fathani. Matan ilmu asing ini ditulis semula dalam bahasa ibunda. 2 nas yang terdapat pada akhir sanad; 3 erti atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya: Kira-kira begitulah matan ucapannya. Hadis yang keliru dari segi sanad atau matan mewujudkan perselisihan dalam kalangan ulama dan menyebabkan terhasilnya perbezaan fatwa. matan<sup>2sup> Kelantan kata adverba kira-kira atau lebih kurang. matan<sup>3sup> Minangkabau kata nama bahagian tengah kayu yang paling keras. Jadi, "matan" dalam ayat "... melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya" bermaksud mempunyai naskhah asli, mempunyai erti, nas atau maksud sesuatu ayat, ucapan dan sebagainya.
| Makna | 14.05.2024 |
Adakah perkataan 'menjerang' boleh digunakan untuk 'sup'? Contoh ayat; Nenek menjerang sup ayam di dapur. Adakah perkataan menjerang sesuai digunakan? | Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Ayat "Nenek menjerang sup ayam di dapur" betul. | Tatabahasa | 23.05.2012 |