apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan | Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.12.2009 |
Sup ayam atau ayam sup? Kari ikan atau ikan kari? | Mengikut Hukum D - M, Kari Ikan. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ikan. Jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Lain-lain | 29.11.2015 |
Selamat pagi. Saya ingin bertanya, minum sup ataupun makan sup. Sekian, terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan ‘sup’ sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam; sup kambing. Oleh sebab, sup dikategorikan sebagai makanan, maka kata kerja yang digunakan ialah makan. | Tatabahasa | 13.08.2014 |
Tolong nasihat samada minum sup boleh diterima atau tidak? | Menurut Kamus Dewan, sup sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam: sup kambing. Oleh sebab sup dikategorikan sebagai makanan, maka kata kerja yang sesuai digunakan ialah "makan". | Tatabahasa | 14.05.2015 |
Adakah perkataan 'menjerang' boleh digunakan untuk 'sup'? Contoh ayat; Nenek menjerang sup ayam di dapur. Adakah perkataan menjerang sesuai digunakan? | Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Ayat "Nenek menjerang sup ayam di dapur" betul. | Tatabahasa | 23.05.2012 |
Saya ingin tahu maksud perkataan perasa & perisa. Sekiranya saya ingin mengunakannya untuk produk makanan contohnya mee segera , mana yang lebih sesuai? Perisa ke perasa. Contohnya : Mee segera Perasa Sup @ Mee Segera Perisa Sup? | Perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang dibubuh dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enaknya. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning. | Makna | 09.05.2012 |
Adik merasa kuah sup ayam itu . Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat. | Ayat "Adik merasa kuah sup ayam itu" betul. | Tatabahasa | 16.01.2014 |
Adakah penggunaan perkataan 'menjerang' di bawah betul? Nenek menjerang sup ayam di dapur. Bolehkah tolong jelaskan penggunaan perkataan menjerang. Saya telah memeriksa di kamus tadi, perkataan menjerang hanya untuk nasi dan air. 'Sup ayam' juga merupakan cecair. Jadi adakah perkataan gamat khas untuk nasi dan air saja, atau sebarang cecair? | Dalam Kamus Dewan, perkataan menjerang juga bermaksud memasak dan contoh yang diberi ialah memasak nasi. Perkataan menjerang juga boleh digunakan untuk menggantikan maksud memasak termasuklah memasak sup, air dan sebagainya. | Tatabahasa | 23.05.2012 |
perkataan menjerang . bolehkah ia digunakan seperti menjerang sup ayam ( tanpa gambar)? | Antara maksud menjerang ialah memasak. Oleh itu, ayat ... menjerang sup ayam boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.05.2012 |
Maksud bunjut dalam sup bunjut dan kenapa ia tiada dalam kamus. | Menurut data kami penggunaan frasa yang betul ialah punjut yang bermaksud sapu tangan dan lain-lain yang keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (untuk membawa sesuatu); memunjut menyimpulkan (mengikat) keempat-empat sudut sapu tangan dan lain-lain (menjadikan punjut). (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala sup bunjut pula merupakan nama yang telah didaftarkan. | Lain-lain | 21.09.2018 |