Kepastian tentang penggunaan 'agar' dan 'supaya'? | Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan di atas. | Makna | 06.02.2019 |
Boleh minta nasihat tentang keraguan di bawah? Yang mana betul - seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri? Terima kasih | Pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri | Tatabahasa | 05.04.2020 |
saya ingin mendapatkan beberapa kepastian drpd pihak tuan. seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri betul? kereta mainan atau kereta permainan? bolehkah pihak tuan memberikan penerangan yang terperinci? terima kasih. | pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.
mainan bermaksud benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain manakala permainan merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk bermain. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah kereta mainan. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama? | "agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya; ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung. Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Tuan, betul ayat ini 'Saya berharap supaya kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama' betulkah kata 'berharap supaya'? kerana kata' berharap' telah membawa maksud harapan dan kata 'supaya' juga membawa maksud harapan. Minta penjelasan | Pandangan tuan mengenai berharap dan supaya boleh diterima. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut menyebabkan lewah dan tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Saya berharap kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama." | Tatabahasa | 11.09.2013 |
APAKAH PERBEZAAN ANTARA AGAR DENGAN SUPAYA | Agar dan supaya sama maknanya. | Makna | 08.08.2008 |
Salam sejahtera. i. Longkang perlu dibersihkan supaya nyamuk tidak bertelur di dalamnya. soalan saya : Bolehkah perkataan "supaya" dalam ayat majmuk di atas digantikan dengan perkataan "agar" ii. Beta berasa sukacita apabila melihat pemandangan indah. soalan saya: perkataan "apabila" dalam ayat majmuk di atas boleh digantikan dengan perkataan"tatkala"? Terima kasih | Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada contoh ayat yang dinyatakan di atas. Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Dalam contoh ayat yang diberikan penggunaan tatkala boleh digunakan. | Lain-lain | 24.04.2019 |
1. Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. 2. Ali mencuci keretanya supaya keretanya kelihatan bersih. Ayat manakah yang gramatis? | Ayat pertama (1) yang gramatis: Ali mencuci keretanya supaya kelihatan bersih. | Tatabahasa | 03.04.2015 |
Ayat Saya mencadangkan kita supaya menjamu selera. Betul atau Saya mencadangkan supaya kita menjamu selera. Ayat yang mana satu betul? | Ayat yang lebih baik ialah : Saya mencadangkan supaya kita menjamu selera. | Tatabahasa | 14.05.2014 |
1. Apakah perbezaan di antara ayat-ayat berikut/yang mana satu ayat yang betul? a. Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. b. Susun perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. a2. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap. b2. Susun dan tulis ayat di bawah semula supaya menjadi cerita yang lengkap. | Ayat yang betul ialah : Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap. | Tatabahasa | 09.05.2008 |