Super mum | Ibu terhebat/ibu terunggul | Lain-lain | 14.07.2008 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "super league"? Teks ini akan digunakan untuk laman web berkenaan bola. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "super league' ialah liga super. | Istilah | 03.10.2013 |
Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "super impose"? Sumber: www.merriam-webster.com/dictionary/superimpose Terima kasih. | Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk "superimpose" ialah tindih. Istilah ini terdapat dalam bidang Komunikasi dan maksudnya ialah: Teknik mendedahkan lebih daripada satu imej di atas jalur filem yang sama supaya kelihatan serentak. Teknik ini dilakukan semasa proses penyuntingan. | Istilah | 02.10.2013 |
ASSALAMMUALAIKUM, saya mempunyai pertanyaan berkenaan penulisan perkataan super. Contohnya perkataan superroda dan superraksasa. Adakah ia perlu ditulis sebagai dua perkataan atau satu perkataan. Atau perlukah diletakkan tanda hypen antara dua perkataan atau perlu digugurkan salah satu r. Terima kasih | Puan Aina, Perkataan superroda dan superraksasa dieja sebagai satu perkataan dan tidak perlu diletakkan tanda sempang. | Ejaan | 27.09.2010 |