Assalamualaikum wr wt Saya ingin bertanya mengenai satu variable dalam kajian saya iaitu "Family supportive supervisor behaviour? Adakah ia merupakan “penyelia sokongan terhadap keluarga” atau “sokongan penyelia terhadap keluarga”. Family-supportive supervisor behavior = atau ia sepatutnya diterjemah sebagai “tingkah laku penyelia yang menyokong keluarga:? Supervisor saya meminta saya mendapatkan khidmat nasihat DBP. Terima kasih | Kami mencadangkan “tingkah laku penyelia sokongan keluarga” sebagai pemboleh ubah (variable) bagi padanan “family supportive supervisor behaviour”. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.06.2020 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" (konteksnya adalah di pejabat)? Bolehkah perkataan tersebut diterjemahkan sebagai "penyelia" dan "rakan sejawat"? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "direct labour" yang padanan bahasa Melayunya ialah pekerja langsung. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penyelia langsung dan rakan sekerja langsung. | Istilah | 14.04.2014 |
assalamualaikum... saya nak tanya, apakah istilah yang sesuai digunakan untuk babywearing? kerana dalam tesis master saya, supervisor saya mahukan satu istilah yang kukuh untuk digunakan. adakah istilah babywearing atau penggendong bayi yang sesuai? dan jika saya menggunakan istilah babywearing, ia dapat diterima pakai atau tidak? atau memang sudah ada perkataan yang telah ditetapkan oleh pihak dewan bahasa dan pustaka bagi perkataan tersebut..... | Alaikumussalam. Saudara boleh menggunakan istilah "Penggendong bayi" ini untuk padanan Babywearing. | Istilah | 12.06.2014 |
Assalamualaikum Saya pelajar Ijazah lanjutan di UKM. Saya igin menyemak terjemahan bahasa melayu yang betul untuk 'family-supportive supervisor behaviour' iatu salah satu variable dalam kajian saya. Terima kasih | DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Sila terjemah terlebih dahulu perkataan tersebut. Pihak kami akan membantu membetulkan padanan bahasa Melayunya. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2020 |
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia | Istilah | 25.04.2008 |
Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah ‘commissioning’ yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih. | Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu. | Istilah | 21.11.2019 |
masalah penggunaan 'kan". keadaan bagaimana verb boleh tambah 'kan'. keadaan bagaimana 'kan' dihujung kata perbuatan tak patut letak 'kan' . saya perlu jawapan segera, kerana banyak 'kan' saya kena potong oleh supervisor semak thesis phd | Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Mohon tuan dapat berikan contoh penggunaan -kan dalam tesis yang diterima dan dipotong. | Tatabahasa | 03.07.2014 |
Assalamualaikum, through this email I wonder if you would mind helping me to check my abstract's translation in form of Bahasa Melayu. I am an International post graduate student from Univeristy Teknikal Melaka, Malaysia. I already discussed with one of my Malaysian friend to write this abstract, but my supervisor asked me to re-check it again through DBP. I really appreciate any help you can offer me and wiil be happy if you possible to help me, Wassalamualaikum, Affandy. International Post-Graduate Student FITC - UTeM, Melaka | Melalui semakan kami dalam beberapa baris yang awal, banyak ditemukan kesalahan dari aspek ejaan, istilah dan tatabahasa. Penterjemah mestilah mengetahui ejaan yang betul dan menguasai aspek tatabahasa. Banyak ditemukan kesalahan dalam aspek asas tatabahasa seperti penggunaan kata pemeri ialah dan adalah serta perbezaan awalan "di" dan kata sendi nama "di" dan lebih banyak lagi kesalahan dalam binaan ayat dan terjemahan istilah atau konsep. Untuk makluman tuan, kami tidak bertanggungjawab untuk menyemak apatah lagi mengesahkan hasil terjemahan yang telah dibuat kerana pihak yang dibayar sewajarnya bertanggungjawab menyiapkan kerja yang diberikan dengan sempurna sehinggalah tuan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkhidmatan penterjemahan yang berwibawa antaranya khidmat yang ditawarkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia yang boleh dihubungi melalui talian 03-92262506 atau terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 26.05.2014 |
Salam Sejahtera, Saya dari syarikat QL Ansan poultry farm Sdn Bhd ingin bertanya tentang status iklan yang tidak lulus boleh jelaskan details masalah ini.. Terima Kasih.. | 1. Pihak tuan/puan boleh masuk semula ke sistem KPBDBP http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk melihat ulasan daripada pegawai kami sekiranya tidak lulus. 2. Ikllan ini tidak lulus kerana: a. PEMOHON DIPELAWA BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN b. Tukar EPF kepada KWSP c. Tukar Supervisor kepada PENYELIA d. Tukar kepada LESEN E PENUH e. Tukar kepada TEMU DUGA, E-MEL dan NO. TEL. | Lain-lain | 01.12.2015 |