Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 5. substantiate, menyokong: testimony that ~s the view that the murderer was known to his victim, testimoni yg menyokong pendapat bahawa pembunuh itu dikenali oleh mangsa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. sustain, menampung: the land is so barren that it cannot even ~ a small population, tanah itu terlalu tandus utk menampung walaupun penduduk yg kecil bilangannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. maintain, provide for, menyara: the boy has been able to ~ himself since he was fifteen, budak itu dapat menyara dirinya sendiri sejak dia berumur lima belas tahun; a man who has a wife and six children to ~, lelaki yg mempunyai seorang isteri dan enam orang anak utk disara; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. back up, encourage or lend assistance to, menyokong: I’m sure most people would ~ this view, saya yakin ramai orang yg akan menyokong pendapat ini; he did not forget those who had ~ed him in the power-struggle,dia tdk melupakan sesiapa saja yg telah menyokongnya dlm perebutan kuasa itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the shelves will have to be specially reinforced to ~ the weight of all those books, para-para itu terpaksa diperkukuh utk menampung berat kesemua buku itu; as he couldn’t sit up on his own, his wife had to ~ him, oleh sebab dia tdk boleh duduk sendiri, isterinya terpaksa menyokongnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. hold up, bear the weight of, [various translations]: the columns that ~ the roof, tiang-tiang yg menyangga atap itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : no (visible) means of ~, tdk ada mata pencarian: she was forced to go into a home as she had no visible means of ~, dia terpaksa tinggal di rumah orang-orang tua krn tdk ada mata pencarian; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : in ~ of, sbg menyokong: he produced documents in ~ of his claim, dia mengemukakan dokumen-dokumen sbg menyokong tuntutannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. sympathetic encouragement etc, dorongan: your ~ means a lot to me, dorongan kamu membawa makna yg besar kpd saya; 7. one who gives such sympathy, comfort, pendorong: he was a great ~ to her in her hour of need, lelaki itu menjadi pendorongnya yg kuat semasa dia menghadapi kesusahan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. practical assistance or help, bantuan: the school committee wanted ~ from the parents in setting up a canteen for the students, jawatankuasa sekolah memerlukan bantuan drpd ibu bapa dlm usaha mereka membina kantin utk murid-murid; the local theatre is looking for financial ~ for their next production, kumpulan pementasan tempatan sedang mencari bantuan kewangan utk pementasan mereka yg berikutnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. supporter, penyokong: the business community, once his chief ~, had deserted him, komuniti perniagaan yg satu masa dulu menjadi penyokong utamanya sekarang ini telah meninggalkannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. allegiance, backing, sokongan: the plan received wide public ~, rancangan itu mendapat sokongan yg meluas di kalangan orang awam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. thing that prevents st from falling, topang, sangga: once the concrete is set, the ~ can be removed, sebaik saja konkrit itu sudah keras, topangnya bolehlah dibuang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. thing that bears the weight of st, tiang: a steel bridge on a concrete ~, sebuah jambatan besi yg ada tiang konkrit; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 8. apparatus used to support a weak or displaced part of the body, pengampu: the splint acts as a ~ for the leg until the bone heals, splin menjadi pengampu pd kaki sehingga tulang itu pulih; 9. evidence, bukti: scholars have found little ~ for this theory, para ilmuwan menjumpai bukti yg sedikit saja utk teori ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata support


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "Insite Support" sesuai diterjemahkan kepada "Sokongan Dalam tapak"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan dan membawa maksud bantuan yang sediakan oleh pengeluar. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman tuan, hasil carian kami hanya menjumpai perkataan On-site. Cadangan kami bagi perkataan On-site Support ialah Sokongan Dalaman jika bersesuaian dengan konteks.Istilah20.11.2018
Apakah perbezaan rasuk, alang dan galang (untuk rumah)? Apakah istilah 'support beam' dalam bahasa?

Menurut Kamus Seni Bina terbitan DBP tahun 2016, huraian yang berikut diberikan untuk rasuk, alang dan galang:

i.    Rasuk = Struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban khususnya daripada lantai. Rasuk juga boleh dipasang pada bahagian lain seperti dinding dan bumbung.

ii.   Alang = Elemen struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berfungsi untuk menanggung beban khususnya daripada bumbung.

iii.  Galang = Struktur melintang di antara tiang yang berfungsi untuk menyokong beban yang berat bagi sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang. Galang terletak di bawah rasuk dan turut berfungsi untuk mengukuhkan struktur tiang.

Untuk makluman, berdasarkan rekod kami, belum ada Istilah dalam bahasa Melayu untuk support beam. Namun kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk support beam ialah rasuk sokongan.
Istilah01.05.2017
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya: 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tertanggap Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan yang tuan berikan boleh diterima, selagi ia bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
1. Autonomy support - Sokongan Autonomi
2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian
3. Performance-approach goals - Matlamat pendekatan prestasi
4. Mastery goals - Matlamat penguasaan
5. Perceived instrumentality - Perantaraan tanggap/tanggapan
Tatabahasa18.11.2015
Chief Officer Aternative Distribution and Channel SupportKetua Pegawai Pengeluaran Alternatif dan Sokongan SaluranLain-lain15.07.2008
Mohon tuan/puan untuk menterjemahkan jabatan-jabatan di bawah dalam bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia: 1.Property & Project Management 2. Compliance 3. Business Support Maklumbalas daripada pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih Pertanyaan ini telah diajukan kepada Siti Zubaidah Binti Zainal Abidin pada hari Rabu 21 Ogos 2013 Jam 3:53 petangTerjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. Property & Project Management - Pengurusan Harta dan Projek
2. Compliance - Kepatuhan
3. Business Support - Sokongan Perniagaan
Istilah26.08.2013
#2 Apakah maksud "living artist" dalam ayat ini, "How to support and celebrate living artists?"Kami mencadangkan "living artist" diterjemahkan sebagai "seniman bebas". Seniman ialah orang yang mempunyai bakat, dapat mencipta serta memperagakan hasil seninya itu, seperti pelukis, penyair, penyanyi, pelakon dan lain-lain. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) Penyemakan dan penterjemahan10.08.2020
Dalam permainan dalam talian, terdapat 5 jenis watak yang mempunyai tugasan2 berbeza. Attacker(Watak menyerang), Tank(Watak pertahanan,selalunya berperisai dan bernyawa tinggi, selalu dijadikan korban untuk membantu pasukan), Support(watak membantu dari pelbagai segi), Healer(watak memberi pemulihan nyawa), Magic(watak yang menggunakan sihir2). Apakah terjemahan sesuai bagi setiap tugasan itu? Buat masa sekarang saya menggunakan 1) Attacker (penyerang) 2) Tank (Pertahanan), 3) Support (Penyokong), 4) Healer (Pemulih), 5) Magic (Penyihir/ahli sihir) Mohon cadangan.Cadangan terjemahan yang dikemukakan boleh digunakan kecuali perkataan pertahanan. Perkataan yang lebih sesuai ialah perisai.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2018
Salam, mohon cadangan terjemahan perkataan "base" dalam konteks politik. In politics, the term base refers to a group of voters who almost always support a single party's candidates for elected officeUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "base" dalam konteks politik. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengundi tegar atau pengundi tradisi.Istilah30.10.2014
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "board rate" yang digunakan oleh bank (contoh di https://www.cimb.com.my/en/business/help-and-support/rates-charges/interest-rates-charges/interest-rates/fixed-deposit.html)? Jawapan Google Translate ialah "kadar papan"; adakah ianya betul? Terima kasih.Cadangan padanan yang sesuai bagi board rate ialah kadar niagaLain-lain02.07.2020
Selamat sejahtera. Kami telah hantar gambar papan premis untuk mendapat kelulusan. Di sini sertakan gambar papan tanda premis untuk rujukan tuan/puan. Kami akan paparkan 3 papan premis seperti gambar yang disertakan. (1. ESTeX, World Class Support & Nama kilang dengan alamat).Adakah ketiga-tiga papan premis dikehendaki mendapat kelulusan dari dewan bahasa? Sila nasihat dan terima kasih atas bantuan pihak tuan / puan.
Pihak kami telah menghubungi tuan berhubung dengan pertanyaan tersebut melalui talian 012-4938155 namun panggilan tersebut tidak berjawab. Mohon pihak tuan menghubungi Puan Fadhilah binti Bahar melalui talian 03-21479691/9300  untuk perbincangan lebih lanjut.
Lain-lain20.09.2019
12

Kembali ke atas