Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sup.ra] | سوڤرا‌‌

Definisi : awalan asing melebihi atau melewati sesuatu batas, sempadan dsb, melampaui, melangkaui, mis supranasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sup.ra] | سوڤرا‌‌

Definisi : (awalan yg bererti) me­lebihi atau melewati sesuatu batas, sempadan dsb; melampaui; melang­kaui, mis supra­nasional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata supra-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan 'kata supra ayat'. apakah contoh-contoh ayat yang menggunakan 'kata supra ayat'

Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata supraayat disebut sebagai kata penegas. Kata penegas ialah sejumlah ayat yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Contohnya, juga, jua, pun, dan sahaja. Contoh ayat:

1. Kami juga ingin ke pekan.

2. Encik Abu pun datang.

3. Ketua saya yang sibuk itu datang jua ke majlis perkahwinan saya.

Tatabahasa22.08.2011
Salam, adakah perkataan seperti 'tatacara', 'tatatertib', 'tatarakyat' dan 'tatabahasa' boleh dikategorikan sebagai kata majmuk? Terima kasih.Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tata merupakan awalan kata nama sama seperti maha, juru, pra, supra dan lain-lain. Bentuk awalan tata-digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan.

Perkataan tatatertib, tatarakyat dan tatabahasa bukan kata majmuk. Kata majmuk dieja secara terpisah dan hanya bentuk yang mantap dieja satu perkataan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut.
Tatabahasa30.04.2013

Kembali ke atas