Yang mana satu paling tepat? Ayat 1 Surah al-Baqarah Ayat 1 surah al-Baqarah Ayat 1 Surah Al-Baqarah | Penggunaan yang tepat ialah Surah al-Baqarah 2:1 Walau bagaimanapun, sekiranya ia terletak di tengah-tengah ayat, hendaklah ditulis"... ayat 1 Surah al-Baqarah ..."
| Lain-lain | 19.11.2020 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah surah al-Fatihah atau Surah al-Fatihah apabila digunakan dalam ayat. Contoh: Mereka menghadiahkan surah al-Fatihah atau | Surah merupakan kata nama am. Apabila berada pada pangkal ayat, surah dieja menggunakan huruf besar, sekiranya pada pertengahan ayat dieja menggunakan huruf kecil. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan huruf besar dan kecil, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 147. | Tatabahasa | 26.12.2024 |
1. Surah al-Fatihah wajib dipelajari setiap orang Islam kerana ia merupakan satu daripada rukun di dalam solat. 2.Surah al-Fatihah merupakan surah yang pertama mengikut susunan di dalam mushaf. Menurut para ulama, dinamakan surah ini dengan kalimah al-Fatihah, iaitu pembukaan kerana ia merupakan pembukaan di dalam mushaf dan juga pembukaan bacaan semasa mendirikan solat. soalan saya; adakah dalam soalat atau di dalam solat? di dalam mushaf atau dalam mushaf? | Frasa sendi nama "di dalam" digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang, manakala kata sendi nama "dalam" digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, dan sebagainya. Frasa yang betul ialah "dalam solat" dan "dalam mushaf". | Tatabahasa | 23.04.2024 |
Salam sejahtera, Saya mohon pencerahan DBP tentang penulisan nama-nama ayat atau surah di dalam al-Quran, apakah harus di huruf besar? Kerana saya tidak menemukannya di dalam Kamus, nama-nama seperti berikut: ayat kursi/ Ayat Kursi/ ayat Kursi surah al-Baqarah/ Surah al-Baqarah/ surah al-baqaroh fatihah/ Fatihah Sekian saja atas penerangannya saya ucapkan terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah | Nama-nama surah di dalam al-Quran ditulis dengan huruf besar kerana ia merupakan nama khas, seperti Al-Furqan dan Al-Fatihah. | Ejaan | 15.04.2020 |
Assalamualaikum. Berdasarkan artikel keluaran DBP (majalah DTI Bil. 10), didapati nama surah yang dinyatakan dalam teks ditulis seperti berikut: ... dirakamkan dalam Surah al-Baqarah... "Surah al-Baqarah" diitalikkan, S pada perkataan 'surah' menggunakan huruf besar, dan 'al', huruf 'a' menggunakan huruf kecil. Adakah ini kaedah yang menggunakan Gaya Dewan? Terima kasih. | Ya, penulisan tersebut mengikut buku Gaya Dewan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2005) hlm. 165-166. | Lain-lain | 19.02.2025 |
Bagaimana cara penulisan Bulan Islam dan surah Al-Quran. adakah ianya perlu ditulis secara italic | Cara penulisan nama bulan Islam dan surah al-Quran tidak perlu ditulis secara italik | Lain-lain | 18.08.2020 |
Kalau ejaan nama surah menggunakan al-(huruf kecil) spt. al-Baqarah dll., bagaimana pula dengan pengunaan al-sebelum kata nama apakah perlu al . at as, atau Al-. At- As-... dalam situasi perkataan ini terletak di tengah-tengah ayat seperti apakah betul ditulis begini: 1. Riwayat hadis oleh at-Tarmizi (atau At-Tarmizi)? 2. Khalifah Umar al-Khattab (atau Umar Al-Khattab)? 3. Abu Bakar as-Sidiq (atau As-Sidiq atau Al-Sidiq)? 4. Abu Hasan Din al-Hafiz (Abu Hasan Din Al-Hafiz)? Jika ada sebarang teks panduan berkaitan ejaan ini boleh juga e-melkan kepada saya. Sekian, terima kasih. | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
Saya juga ingin mendapatkan panduan bagi menulis dan mengeja bagi kata penentu `al’ yang telah diseragamkan oleh DBP. Perlu diletakkan sempang (-) atau tidak. Contoh: Nama pertubuhan seperti … Al Maunah, Al-Arqam Nama organisasi seperti … Penerbitan Al Mahirah, Sekolah Al Rahmah Nama surah. Al perlu huruf kecil atau huruf besar `al-Baqarah’ atau `Al-Baqarah’ (dalam konteks perkataan ini muncul di tengah-tengah ayat) |
| Tatabahasa | 07.12.2017 |
Saya ingin bertanya ejaan sebenar untuk al-quran dan as-sunnah. Bagaimana pula dengan nama-nama surah di dalam al-Quran? "Al"- atau "al-". Terima kasih | Ejaan yang betul ialah al-Quran dan al-Sunah. | Ejaan | 13.06.2012 |
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: Surah Ar-Rahman atau surah Ar-Rahman? Juga, bolekah perkataan surah ini digantikan dengan perkataan surat, contoh: Surat Ar-Rahman? Terima kasih! | Ejaan yang betul ialah Surah al-Rahman. Perkataan surah lebih tepat jika merujuk bahagian atau bab yang mengisahkan sesuatu dalam al-Quran. | Ejaan | 05.06.2020 |