Assalamualaikum. Apakah maksud "surah Makkiyyah" dan "surah Madaniyyah"? Terima kasih. | Surah Makiyyah surah yang diturunkan di Mekah, iaitu sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah dan Surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan baginda. | Tatabahasa | 20.01.2014 |
Selamat sejahtera, Saya pernah mengajukan soalan berkenaan penggunaan tanda baca huruf besar dan huruf kecil kepada PRPM. Namun, tiada jawapan yang kukuh untuk saya fahami alasan munasabah di sebalik jawapan tersebut. Bagaimanakah tanda baca yang betul bagi perkataan berikut: nabi Muhammad atau Nabi Muhammad ustaz Zaim atau Ustaz Zaim malaikat Jibril atau Malaikat Jibril syurga Adnin atau Syurga Adnin neraka Jahanam atau Neraka Jahanam hari Kemerdekaan atau Hari Kemerdekaan surah al-Baqarah atau Surah al-Baqarah dan seumpamanya? Memang benar, perkataan nabi, ustaz, malaikat, syurga, neraka, surah dan hari tersebut merupakan kata nama am yang perlu ditulis huruf kecil. Namun, apabila sudah digabungkan dengan kata nama khas selepasnya, bukankah ia membentuk 1 frasa yang perlu dieja dengan huruf besar juga? Harap kali ini saya pihak PRPM dapat memberikan alasan bagi jawapan yang diberikan itu untuk saya dan kumpulan editor yang lain memahami penggunaan tanda baca tersebut. Sekian, terima kasih. | Frasa nama ialah perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama merupakan satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa nama khas ditulis menggunakan huruf besar seperti Ustaz Zaim, Malaikat Jibril, Syurga Adan, Neraka Jahanam, Hari Kemerdekaan, kecuali surah al-Baqarah yang bermakna bab dalam al-Quran. Para pengguna, editor dan sebagainya disarankan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP: 2008, 363-383) untuk memperoleh maklumat dan contoh yang lebih jelas. Kamus Dewan Perdana (DBP: 2020) juga merakamkan kebanyakan kata dan frasa tersebut untuk membantu pengguna. | Lain-lain | 10.06.2021 |
Salam sejahtera. mohon bantuan untuk terjemahkan ayat seperti di lampiran - Surah At Tin : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) Mohon bantuan utntuk diterjemahkan kepada bahasa English. | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan apatah lagi dari Bahasa Melayu kepada bahasa-bahasa lain. Apa yang dapat kami bantu ialah terjemahaan perkataan atau istilah yang boleh dirujuk melalui laman web kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.08.2017 |
salam, Bolehkah kata tugas 'telah' diletakkan selepas kata nama contoh : Negeri-negeri yang berdekatan dengan kamu itu wahai Muhammad, telah Kami musnahkan apabila para penduduknya berbuat zalim. Kami juga tetapkan waktu tertentu untuk kehancuran mereka. Surah al-Kahfi : 59. | Kata "telah" boleh digunakan selepas kata nama dalam konteks ayat pasif seperti contoh yang diberikan. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
Muhammad Muhaimin Salam. Saya ada beberapa soalan berkaitan beberapa bentuk ejaan perkataan. 1. Bagaimanakah huruf ketiga jawi (ث) di eja? Adakah dieja sebagai tsa' atau stha? 2. Bentuk ejaan perkataan Arab, contoh seperti: a. al- Quranul Karim atau al-Quran al-Kareem? b. 'alaikum atau a'laikum? (huruf ع -bagaimana dirumikan?) c. haba am-mansura atau haba-an mansura?(Surah Furqan: 23) Harap soalan saya jelas dan mudah difahami. Mohon bantuan. Sekian Terima kasih | 1. Sebutannya - tha 2. Al-Quranul Karim 3. alaikum Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, walau bagaimanapun tidak ada contoh penulisan sebutan ayat Al-Quran dalam pangkalan data kami. | Ejaan | 12.05.2014 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan condong (italic). Perlukah diitalikkan untuk pernyataan dari orang terdahulu / buku lain. Contoh: 1) ...daripada Abdullah r.a. katanya: Turun ayat 2-3 surah at-Talaq... 2)Rasullah bersabda: Makanlah... 3) Menurut al-azdi dan al-Daraqutni: Beliau seorang yang ditinggalkan hadisnya. 4)...seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: Hadis ini adalah hadis sahih isnadnya... Bolehkah saya italikkan semua ayat selepas titik bertindih untuk keempat-empat contoh di atas? Contoh lain: ...Muqadimah Sahih: Muhammad bin Abdullah memberitahu kepada saya daripada penduduk Meru, katanya: Saya mendengar Abdan bin Uthman berkata; Saya mendengar Abdullah bin al-Mubarak berkata; Isnad itu... (untuk contoh ayat dia atas, bolehkah saya italikkan ayat bermula dari 'Muhammad bin Abdullah hingga keseluruhan ayat seterusnya? Saya keliru kerana dalam satu dialog terdapat riwayat dari beberapa perawi - katanya,katanya etc) Harap pihak DBP dapat menjelaskan kekeliruan tersebut. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu diitalikkan petikan tersebut, kecuali petikan daripada bahasa asing. Contohnya: Pelakon itu menuturkan kata-kata Hamlet: To be or not to be. | Tatabahasa | 29.12.2014 |