Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata ganti diri 'dia' perlu ditukar kepada '-nya' dalam ayat pasif? Contoh : Dia menulis surat itu. Surat itu ditulis olehnya. atau Surat itu ditulis oleh dia.

Dalam ayat pasif, kata ganti diri "dia" perlu ditukar kepada "nya" atau pun dikekalkan "dia". Kedua-dua ayat; "Surat itu ditulis olehnya" dan "Surat itu ditulis oleh dia" boleh digunakan. 

Tatabahasa23.02.2018
Salam sejahtera. Saya ada satu kemusykilan mengenai perkataan -nya. Kenapakah buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 muka surat 38 ada penggunaan nya yang merujuk kepada perkara? Ayat itu berbunyi begini, Hal ini bukanlah suasana yang baharu kerana beberapa buah sekolah di luar negara telah mengamalkannya.Ada tiga fungsi "-nya", iaitu sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, penegas dan pembenda. Perkataan "-nya"  dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai penegas.Tatabahasa06.05.2022
Assalamualaikum wbt Tuan Saya mohon bertanya.. Di dalam surat rasmi ada no. perenggan seperti berikut.. 2. 3. Persoalan saya diperenggan yang terakhir sekiranya ayatnya seperti contoh.. 'Kerjasama dan perhatian pihak tuan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. ' Adakah patut atau tidak ada no.? saya keliru..kadang terima surat yang ada no.nya..kadang terima surat yang tiada no.nya.. Terima kasih.
Penomboran pada surat rasmi ialah mengikut gaya penulisan sesebuah organisasi. Gaya penulisan DBP dalam surat rasmi menggunakan nombor perenggan terakhir.
Lain-lain19.08.2016
Kekeliruan tentang penggunaan 'kau' (Kata Nama Diri Kedua) dan Kata Kerja dalam ayat misalnya (a) kau balas surat ini. (b) kaubalas surat ini. Antara dua ayat (a) dan (b) manakan yang betul? jika sekiranya 'kau' dan kata kerja bercantum bagaimana dengan contoh 'kauubah' atau 'kau ubah'?...minta penjelasan dengan memberikan contoh yang sesuai.

Kata ganti nama ku dan kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya; ku, mu, dan nya ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Cara penulisan yang betul bagi pertanyaan puan ialah kaubalas dan kauubah. Sila rujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu.

Tatabahasa04.11.2014
Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih.1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah.

2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh.

Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi.

Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.



Tatabahasa07.01.2014
Salam. Mohon penjelasan admin. Apa beza perkara ini dalam penulisan surat? 'dengan hormatnya' 'dengan segala hormatnya' mana satu yang betul? Atau boleh digunakan kedua² nya sekali mengikut situasi?Tidak ada perbezaan, kedua-duanya boleh digunakan. Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
atau  Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Tatabahasa18.03.2021
apakah maksud dasar menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus dewan tersebut?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, halaman 317, dasar bermaksud 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian; Makna04.07.2010
PERKATAAN SALINAN DIAKUI SAH ATAU SALINAN DISAHKAN BETUL MAKNANYA SAMA ATAU SEBALIK NYA DAN BERI MAKNA PERKATAAN TERSEBUT DAN PERKATAAN YANG MANA SATU BOLEH DIGUNAKAN UNTUK DICOP DISALINAN2 SURAT

Salinan disahkan betul lebih tepat dalam konteks yang saudara maksudkan. Salinan diakui sah jika menurut peraturan yang ditetapkan dan salinan disahkan betul jika sama seperti dokumen asal. 

Tatabahasa05.02.2009
Adakah perlu gelaran "Dr." ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD? Soalan 2: Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya? Terima kasih.Jika individu tersebut berkelulusan PhD, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum namanya.
Jika nama ditulis sepenuhnya menggunakan huruf besar, ejaan DR. juga perlu ditulis menggunakan huruf besar.
Ejaan24.03.2017
Nur Shafadila Gulam : Isu ejaan betul dan salah. Dbp ni makin mengada2.. Bersempang bagai pula.. Bahasa melayu senang jd susah.. Sedangkan surat menyurat atau penggunaan BM dlm kerajaan pon dh jd tunggang langgang jd nya... Tak mo la asyik buat pindaan.. Ihh mcm2 Dbp ni..Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Apa yang lebih penting jati diri kita sebagai rakyat Malaysia, rasa cinta akan bahasa kebangsaan kita dan sekali gus berusaha untuk mempelajari dan mematuhi peraturan bahasa yang ada, khususnya dalam konteks rasmi.Lain-lain27.02.2015
123

Kembali ke atas