| apakah persepsi majikan tentang cara penulisan surat rasmi? | Majikan seharusnya menetapkan panduan khusus untuk menulis surat rasmi kerana surat rasmi menggambarkan imej dan citra majikan tersebut. Surat rasmi mempunyai format khusus, penggunaan bahasa yang betul, mengandungi rujukan dan tarikh, pengolahan idea yang tepat dan santun. | Lain-lain | 12.01.2008 |
| boleh tak beritahu saya format surat rasmi ke kerabat diraja | Format surat rasmi kepada kerabat diraja adalah sama sebagaimana format surat rasmi yang biasa. Dalam menyediakan surat rasmi kepada kerabat diraja, penulis hendaklah menggunakan kata-kata bahasa istana, beretika, dan santun. Sila rujuk pihak istana bagi mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 29.02.2008 |
| Apakah panduan berkaitan format surat rasmi yang boleh dirujuk? Adakah DBP mempunyai garis panduan berkaitan penulisan surat rasmi yang standard untuk sektor awam? Bahagian/Seksyen manakah yang boleh dirujuk sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkaitan format surat rasmi? Sekian, terima kasih. | Saudara, Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 13.10.2010 |
| Tuan, boleh atau tidak menggunakan kata hubung seperti " kendatipun" atau ,"walau bagaimanapun" dalam surat rasmi? | Perkataan "walau bagaimanapun" boleh digunakan dalam surat rasmi. Perkataan "kendatipun" hanya digunakan dalam persuratan lama dan dalam cerita hikayat. Tidak ada hukum tatabahasa yang menghalang penggunaan perkataan "kendatipun" dalam surat rasmi, namun setakat ini tiada penggunaan perkataan tersebut dirakamkan dalam surat-surat rasmi. | Pembinaan Bakat | 01.03.2019 |
| Adakah istilah Tuan boleh merujuk kepada lelaki dan perempuan bila menyediakan surat rasmi? Jika surat rasmi dituju kepada wanita, contoh Puan Kamariah. Adakah Tuan boleh digunakan. Seperti YBrs. Tuan, | Sekiranya surat rasmi jelas dituju kepada wanita, sapaan yang betul ialah YBrs. Puan,. | Makna | 06.08.2024 |
| SALASILAH SURAT RASMI DAN BILAKAH SURAT RASMI MULA DIGUNAKAN? | Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Maklumat tentang penulisan surat rasmi juga boleh dirujuk dalam buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
| bagaimana nak membuat surat rasmi yang etul untuk membuat rayuan atau memohon derma | Maklumat tentang penulisan surat rasmi boleh dirujuk dalam buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 25.07.2010 |
| contoh surat rasmi kerajaan | Surat rasmi kerajaan biasanya ada perkara-perkara berikut : Logo dan alamat lengkap institusi pengirim, nama penerima (kiri), rujukan dan tarikh (kanan), sapaan (kiri), perkara (kiri), perenggan penanda wacana, perenggan sokongan, perenggan penutup, slogan (kiri), perakuan (kiri), tandatangan berserta nama dan jawatan (kiri), parap (kiri). Sila rujuk format surat rasmi oleh INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 15.01.2009 |
| saya ingin mengetahui format surat rasmi dan tidak rasmi | Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 : Surat Rasmi Kerajaan. Manakala format surat tidak rasmi adalah seperti surat kiriman lama yang mengikut kesesuaian penulisnya bergantung pada perkara yang dibincangkan. | Lain-lain | 04.10.2010 |
| Salam Bolehkah ditulis YBrs. pada alamat penerima surat rasmi; contohnya: YBrs. Pengarah? Kebiasaannya surat rasmi kerajaan tidak menggunakan sapaan ini. Terima kasih. | Untuk penulisan surat rasmi, sekiranya penerima surat tiada gelaran, seperti Datuk atau Tan Sri dan sebagainya, sapaan yang sesuai ialah Tuan atau Puan, diikuti nama penerima dan bukannya nama jawatan penerima. Walau bagaimanapun, sapaan kehormat Yang Berusaha (YBrs.) boleh digunakan bagi pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Yang Berusaha (YBrs.) juga lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. | Tatabahasa | 11.02.2025 |