| Mohon semakan terjemahan Well, gee, that sure is a kind thing to say. Itu ialah sesuatu yang baik untuk diperkatakan. | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Sesuatu yang baik untuk diperkatakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
| I would like to get translation for 'Gram Dhal Flour' in Bahasa Malaysia. I'm not sure if 'Tepung Kacang Kuda' is the proper translation. | Gram Dhal Flour- Tepung Kacang Dal Chick Pea Flour - Tepung Kacang Kuda | Istilah | 07.06.2018 |
| Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan.. Bank regulators, worried about bank failures, were tightening their standards, trying to make sure the banks did not make bad loans. Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "bad loan"?Adakah pinjaman yang buruk? Sekian,Terima Kash. | Waalaikumussalam. Menurut data kami, tiada istilah Bahasa Melayu untuk bad loan. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk bad loan ialah pinjaman yang tidak berbayar. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 07.10.2017 |
| Hi, I would like to apply for the sign board. How to apply for that. Please guide me. Thank you | For apply a signboard, u can visit this link http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/ Please make sure your signboard in bahasa Melayu for approve. | Lain-lain | 29.07.2016 |
| Dzufi Iszura 11.54 PAGI Dzufi Iszura Dzufi Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya hendak bertanya komen DBP mengenai slogan-slogan kerajaan yang mencampur-adukkan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia seperti "Jangan Kawtim, Jangan Settle" atau "YouCanDuit". Ini kerana saya teringat beberapa tahun dahulu stesen tv swasta mendapat kritikan hebat dalam menamakan karnival mereka "Sure Heboh" atas sebab yang sama. Terima kasih. Dzufi Iszura Pensyarah UiTM Sarawak. | Waalaikumussalam. Tuan/Puan, DBP memang tidak bersetuju dengan perbuatan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam slogan dan penamaan program. Saranan agar tidak mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam penamaan program jabatan dan kementerian telah banyak kali disebut, dan baru-baru ini telah dikemukakan lagi oleh YB Menteri Pendidikan selaku Pengerusi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dianggotai oleh 18 kementerian. DBP sentiasa berusaha memberikan nasihat dan pandangan terhadap pihak yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul. | Lain-lain | 08.05.2017 |
| konsep/definisi bahasa rojak | Bahasa rojak ialah satu bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bentuk bahasa ini digunakan dalam bidang tertentu seperti bidang pengiklanan dan penyiaran. Contoh bahasa rojak yang digunakan pada satu ketika ialah ungkapan sureheboh.Kata ini diwujudkan dengan menggabungkan kata bahasa Melayu heboh dengan kata bahasa Inggeris sure. Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh diperoleh dalam makalah dan kertas kerja yang boleh didapati di perpustakaan. | Lain-lain | 15.06.2007 |
| Maaf, sekadar bertanya dan memberi pandangan 1) Akhir-akhir ini saya melihat semakin galak penggunaan perkataan yang agak janggal di mata akhbar atau pun media masa. Sebagai contoh, 'BARU' ditukarkan kepada 'BAHARU'. 'SIAP SIAGA' ditukarkan kepada 'SIAP SIAGA', 'PARKIR' diperkenalkan menggantikan 'KAWASAN MELETAK KERETA'. Saya berpendapat, kegunaan perkataan asal adalah lebih relevan dari konteks penggunaan bahasa secara harian. Pengenalan perkataaan-perkaataan ini (walaupun mungkin telah wujud sekian lama di kamus dewan), ia tetap janggal bagi kami rakyat biasa. Saya berharap, janganlah keTERUJAAN memperkenalkan/menggalakkan penggunaan perkataaan baru melebihi kesesuaian penggunaaan bahasa di kalangan masyarakat secara meluas. 2) yang mana betul, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? 3) Pernah satu masa, slogan tv3 'SURE HEBOH' ditukarkan kepada 'JOM HEBOH' bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu tetapi pada masa sama, mempromosikan 'RAKAN COP' kenapa tidak 'RAKAN POLIS'??? Terima kasih | Untuk makluman tuan, perkataan baru dan baharu dalam konteks umum kami terima sepertimana yang tercatat dalam kamus, namun kedua-dua kata ini dibezakan penggunaannya dalam konteks ilmiah seperti dalam wacana kebahasaan. Dalam hal penggunaan kata "parkir", kami mencadangkan penggunaan kata tempat letak kereta atau medan kereta. Begitu juga dengan penggunaan "Rakan Cop", kami telah membuat teguran kepada pihak berkenaan dan mencadangkan perkataan "Rakan Polis". Atas perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul, amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih. | Lain-lain | 16.06.2014 |