Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata survei


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin bertanya adakah perkataan "Survey" di dalam Bahasa Inggeris bersamaan "Survei" di dalam Bahasa Melayu. Saya ada menerima dokumen rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia dan tajuk dokumen tersebut ialah "Survei Pembinaan...."
Kata survei diambil daripada kata survey dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan data Istilah Bahasa Melayu yang ada dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kata survei banyak digunakan, misalnya dalam contoh seperti yang di bawah:

survey analysis - analisis survei; analisis tinjau selidik
survey population - populasi servei;penduduk tinjau selidik
survey area - kawasan survei
mapping survey - survei pemetaan

Kata survey juga diterjemahkan sebagai tinjauan (contoh: preliminary survey - tinjauan awal), kaji selidik (contoh: survey sampling - pensampelan kaji selidik) dan tinjau selidik (contoh: household survey - tinjau selidik isi rumah).
Istilah04.04.2023
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan Saya Asrin dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), agensi di bawah MITI. Kami ingin mendapatkan pandangan maksud Bribery and Corruption. Adakah kami boleh terjemahkan seperti berikut: Bribery: Suapan Corruption: Rasuah Untuk makluman, kami sedang dalam penyediaan survei BM untuk World Competitiveness Ranking (WCR) oleh IMD. Sekian, terima kasih.

Padanan bagi istilah bribery ialah sogokan dan corruption ialah rasuah. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2156 memberikan makna wang sogokan atau rasuah bagi entri suapan.

Mengambil kira padanan istilah yang sedia ada dan kekerapan penggunaan, kami mencadangkan padanan istilah bagi Bribery and Corruption ialah Sogokan dan Rasuah.

Penggunaan istilah ini perlulah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaan dalam ayat.

Istilah03.03.2025

Kembali ke atas