Adakah wujud istilah survival dalam Bahasa Malaysia kerana kebelakangan ini sering saya temui istilah ini dalam petikan Bahasa Melaysia. | Istilah survival diterima dalam bidang perubatan seperti cumulative survival probability diterjemahkan kepada kebarangkalian survival kumulatif. Walau bagaimanpun dalam konteks umum dan bidang-bidang lain perkataan survival diterjemahkan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, lihat survival">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=survival. | Istilah | 20.04.2012 |
Apakah istilah yang paling sesuai dalam bahasa Melayu untuk 'survival show' atau 'survival game show'? Adakah istilah di bawah boleh digunakan? - Kandungan Kreatif (creative contents) Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "survival game show" ialah rancangan permainan ikhtiar hidup. Istilah "kandungan kreatif adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 12.10.2016 |
assalamualaikum w.b.t... tuan, saya ingin bertanya. saya ingin membuat tema, iaitu "Survival Pencetus Transformasi".persoalan saya di sini, adakah perkataan Survival itu boleh di gunakan, saya di fahamkan perkataan ini telah di melayukan dan boleh di gunakan, adakah ianya benar? dan apakah perkataan sesuai untuk di gantikan dengan Survival?..terima kasih tuan. | Walalaikummussalam w.b.t, Istilah survival diterima dalam bidang perubatan seperti cumulative survival probability diterjemahkan kepada kebarangkalian survival kumulatif. Walau bagaimanpun dalam konteks umum dan bidang-bidang lain perkataan survival diterjemahkan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari survival">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=survival. Survival Pencetus Transformasi boleh digunakan untukĀ tujuanĀ tema seperti yang tuan maksudkan. | Makna | 03.01.2013 |
Bolehkah saya mahu menggunakan perkataan 'survival' untuk tajuk buku saya? Tajuk buku saya adalah "Masyarakat Melayu Australia : Cabaran dan Survival di Perth" | Survival merupakan perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kemandirian. Oleh itu, untuk tajuk buku tersebut, tidak boleh dicampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. | Lain-lain | 01.06.2021 |
tafsiran yang paling tepat bagi "combat-survival" | Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus perkataan combat-survival. Walau bagaimanapun, cadangan perkataan yang boleh digunakan ialah kemandirian tempur . Kemandirian bermaksud perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2019 |
Apakah istilah 'survival skills' dalam BM? Bagaimana pula dengan 'mood' yang menggambarkan keadaan emosi seseorang - apakah istilah yang paling tepat dalam BM? T kasih. | Kami mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk “survival skills” ialah "kemahiran hidup" atau "kemahiran kendiri". Manakala cadangan padanan bagi perkataan “mood” yang menggambarkan keadaan emosi seseorang ialah "angin" atau "suasana". Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian. | Istilah | 19.02.2021 |
SETAKAT MANA SURVIVAL PUISI PADA MASA KINI? | Di Malaysia sehingga kini tidak ada pengarang yang menjadikan bidang penulisan puisi sebagai kerjaya sepenuh masa dan kebanyakannya menjadikannya sebagai kerja sampingan. Sehingga kini sukar untuk mengukur survival puisi dalam kehidupan. | Lain-lain | 05.08.2007 |
adakah perkataan berikut boleh digunakan: 1. kompetensi 2. fasiliti atau fisiliti 3. subkomponen 4. survival 5. persisten | Kompetensi boleh digunakan yang bermaksud kecekapan; fasiliti tidak digunakan, boleh digantikan dengan kemudahan; fisiliti kepada kefisilan (bidang Geologi); subkomponen boleh digunakan dalam perkara sukatan atau butiran; survival digantikan dengan hidup atau kewujudan atau peninggalan; persisten tidak digunakan, dan gantikan dnegan berterusan, berulang-ulang, atau tidak henti-henti. | Makna | 18.03.2008 |
Salam sejahtera. Mohon bantu saya untuk memberikan padanan/terjemahan yang sesuai bagi frasa-frasa berikut dalam bahasa Melayu: a) Blood libel b) Survival of the fittest | Mohon berikan frasa-frasa berikut dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang berseuaian mengikut konteks ayat. | Makna | 26.09.2021 |
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan. | Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam. | Lain-lain | 23.06.2008 |