Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sustainable


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya mendapatkan terjemahan bagi perenggan berikut? "By 2030, ensure that all learners acquire the knowledge and skills needed to promote sustainable development, including, among others, through education for sustainable development and sustainable lifestyles, human rights, gender equality, promotion of a culture of peace and non-violence, global citizenship and appreciation of cultural diversity and of culture’s contribution to sustainable development."Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan03.02.2017
Istilah DBP bagi empat perkataan berikut sustainable development, corporate sustainability, a sustainable future dan civil corporationPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan adalah seperti yang berikut:

sustainable development - pembangunan mampan
corporate sustainability - kelestarian korporat 
a sustainable future - masa depan yang mampan
civil corporation - perbadanan awam
Istilah06.01.2016
saya ingin bertanya. istilah terkini 2010 bagi perkataan sustainable? Adakah Mampan atau lestari? Saya mengandaikan bahawa istilah terkini sustainable adalah lestari. Adakah andaian saya benar? Contohnya penggunaan ayat proses pemberimilikan tanah lestari atau mampan?Padanan perkataan sustainable dalam bahasa Melayu ialah mampan.Istilah19.03.2010
1.'SUSTAINABLE TRANSPORTATION' ATAU PENGANGKUTAN MAMPAN APA KAH MAKNANYA DALAM ISTILAH BM. 2.MAPAN ATAU MAMPAN MINTA PERJELASAN PERBEZAANBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pemba­ngunan dsb).Oleh itu, pengangkutan mampan ialah sistem pengangkutan yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik.Makna19.12.2010
perkataan inggeris "SUSTAINABLE DEVELOPMENT" dalam bahasa melayu.Pembangunan Mampan.Makna03.11.2007
goverment champing sustainable living a)champing b)sustainable living c)eco system d)inrestective e)eventa)memperjuangkan b)kehidupan mapan c)eko sistem d)tanpa mengira e)acaraIstilah28.06.2011
perkataan inggeris "SUSTAINABLE PALM OIL" dalam bahasa melayu?"SUSTAINABLE PALM OIL" dalam bahasa melayu kami cadangkan sebagai MINYAK KELAPA SAWIT MAMPAN.
Namun, istilah ini perlu disesuaikan dengan penggunaan ayat atau keseluruhan artikel yang hendak disampaikan.
Istilah04.01.2018
Mohon penjelasan. sustainable development=pembangunan lestari atau pembangunan mampan? Terima kasih.Padanan sustainable development dalam bahasa Melayu ialah pembangunan mampan.Istilah13.09.2018
Salam, Apakah terjemahan "sustainable development" dalam Bahasa Melayu? Pembangunan mampan atau pembangunan mapan?Padanan sustainable development dalam bahasa Melayu ialah pembangunan mampan.Tatabahasa07.09.2012
APAKAH PERBEZAAN MAKSUD ANTARA PERKATAAN MAMPAN DAN MAPAN? YANG MANA SATU DIGUNAKAN UNTUK KONTEKS PEMBANGUNAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT)? PEMBANGUNAN MAMPAN? ATAU PEMBANGUNAN MAPAN?Mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan dan bahasa Inggerisnya ialah sustainable, manakala mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah atau sudah kukuh atau teguh (bahasa Inggerisnya established). Oleh itu sustainable development ialah pembangunan mampan.Makna08.10.2009
123

Kembali ke atas