Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.suan] | سوسوان

Definisi : 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ dimulutnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk Kamus Dewan, perkataan "mahram" = Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat, hu­bungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).; dan perkataan "muhrim" = Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2. mahram. Persoalan: mengapa perlu ada makna kedua bagi perkataan "muhrim" yang diertikan sebagai "mahram"? Bukankah "muhrim" dan "mahram" mempunyai makna yang amat berbeda?Pendapat tuan mengenai muhrim dan mahram adalah betul. Muhrim dan mahram mempunyai maksud yang berbeza seperti dalam Kamus Dewan. Untuk makna kedua bagi muhrim, iaitu  perkataan mahram digunakan dalam bahasa percakapan. Tuan boleh merujuk Kamus Pelajar yang ditandai dengan bp mahram. Bahasa percakapan tidak digalakkan untuk tujuan rasmi.Tatabahasa11.09.2013
Selamat malam, Saya ingin bertanya mengenai tatacara pengucapan awam yang digunakan didalam sebuah majlis. saya seringkali mendengar pengerusi majlis membuat ucapan alu-aluan meraikan kehadiran tetamu mengikut tehap sosial . ucapan itu memberikan penghargaan emosi kepada tetamu yang hadir. Selepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis selalunya akan tiba ucapan tetamu khas seperti dif2 kehormat yang telah dietapkan, dalam hal ini saya berasa muskil mengapa jemputan yang dipanggil berucap mesti menyebut mengulangi semula nama- nama kehormat mengikut susuan sosial.. sehingga ucap utama pun mengulangi semula ..saya nampak ini membosankan hadirin..bukankah lebih baik hanya pengerusi majlis sahaja yang menyebut kehadiran dif2 kehormat dan para pengucap terus kepada isi dan perasmian jika perlu.tqDalam pengucapan awam, kata alu-aluan lazimnya akan diungkapkan dalam sesebuah majlis, sama ada formal atau tidak formal. Seseorang yang berucap akan memulakan ucapan dengan kata alu-aluan, iaitu menyapa tetamu kehormat dan para hadirin.


Sistem panggilan hormat yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu merujuk kepada sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. Dalam majlis rasmi, tetamu kehormat sentaisadiberi keutmaan dan disapa dengan sebutan-sebutan khas bagi menunjukkan keistimewaan dan ketinggian darjat mereka.
Lain-lain01.12.2013

Kembali ke atas