Saya Ismael samaeng belajar Bahasa Melayu dasar, Univercity Fatoni ingin bertanya tentang tata bahasa Apakoh Bidalan dalam bahasa melayu? trimakasih | Bidalan bermaksud susunan kata-kata yang tertentu dan mempunyai erti yang khusus (biasanya berisi pengajaran dan peringatan). | Makna | 03.11.2015 |
Takrif kesalahan tatabahasa dari segi morfologi, sintaksis, dan semantik beserta punca-puncanya. | Kesalahan tatabahasa dari aspek morfologo, sintaksis dan semantik boleh ditakrifkan sebagai kesalahan dalam pembentukan kata, susunan kata dalam ayat dan makna perkataan. Untuk maklumat lengkap (termasuklah punca berlakunya kesalahan itu) sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan tentang tajuk berkenaan. | Tatabahasa | 22.02.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang susunan kata kerja dalam ayat majmuk berikut: 1. Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok 2. Ayah membaca surat khabar sambil duduk di bawah pokok. Kekeliruannya ialah dengan perkataan 'duduk'. adakah susunannya dalam ayat majmuk no.2 betul? Terima kasih. | Sususan yang lebih gramatis ialah "Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok.". | Tatabahasa | 11.04.2013 |
Dalam jawapan yang diberikan oleh pihak DBP, saya ternampak suatu susunan kata yang menyebabkan saya keliru. Pihak DBP memberi saya jawapan tersebut: " berusaha memperoleh sesuatu" Tetapi, ayat yang betul bukan "berusaha untuk memperoleh sesuatu" kah? (Saya menambah Frasa Sendi "untuk" antara perkataan "berusaha" dengan "memperoleh“) Tolong berikan jawapan. Saya menunggu :) | Bentuk yang gramatis ialah "berusaha untuk memperoleh sesuatu" | Tatabahasa | 28.04.2014 |
apakah sintaksis | Sistaksis bermaksud pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat. | Makna | 30.09.2015 |
yang kurik itu kendi yang merah itu saga yang baik itu budi yang indah itu bahasa ..betulkan susunan kata dan ejaan pada pantun ini. | Yang betul ialah 'Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga'. Harap maklum. | Ejaan | 26.08.2008 |
sintaksis bahasa melayu | Sintaksis bahasa Melayu bermaksud pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dan sebagainya) tentang susunan kata dlm ayat bahasa Melayu. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
unsur perlambangan dalam peribahasa dan asal usul bermula peribahasa | Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa telah lama digunakan/wujud dalam masyarakat Melayu atau masyarakat lain juga. Untuk melihat asal usul, jenis dan ciri-ciri (termasuklah perlambangan)sila lihat kajian/buku tentang peribahasa. | Lain-lain | 26.01.2008 |
apakah makna hubungan paradigmatik dan sintagmatik. | Paradigmatik ialah daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Manakala sintagmatik pula ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dlm ayat. Maksud hubungan disini ialah hubungan kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan dengan pengetahuan seseorang tentang susunan tersebut. T.kasih. | Makna | 10.09.2008 |
apakah yang ditakrifkan dengan morfologi dan sintaksis bahasa melayu | Morfologi bermaksud kajian berkenaan bentuk kata atau pembentukan kata, manakala sintaksis bermaksud ilmu atau kajian tentang susunan kata dalam ayat. | Makna | 30.11.2010 |