Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susunannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ada pihak menggunakan tema "Apresiasi Melestari Kecemerlangan". Dari betul dari segi penggunaan perkataan dan susunannya?

Tema "Apresiasi Melestari Kecemerlangan" adalah betul dari segi penggunaan perkataan dan susunannya

Tatabahasa31.07.2011
Mohon bantuan adakah ayat ini betul susunannya. Orkid Onsidium popular dikenali sebagai gadis menari (dancing lady). Terima kasih.Ayat yang gramatis menggunakan salah satu daripada perkataan popular atau dikenali, seperti Orkid Onsidium dikenali sebagai gadis tari.Tatabahasa09.08.2012
Adalah dua sendi nama dalam satu ayat dibenarkan ? Sekiranya ya, bagaimana susunannya ? Contoh : 1. Abang menggosok gigi pada waktu pagi di dalam tandas. 2. Abang menggosok gigi di dalam tandas pada waktu pagi.Dua kata sendi nama dalam satu ayat boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa20.07.2022
Bagaimana hendak membezakan ayat songsang dan ayat pasif melalui ciri-ciri atau bentuk susunannya?Sdr. ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal iaitu objek dalam ayat aktifnya. contoh : Dia menyediakan laporan itu(aktif). Laporan itu disediakan olehnya(pasif). manakala ayat songsang pula berbentuk seperti ini pokok mangga itu saya tanamTatabahasa08.09.2007
Saya ingin bertanya mengenai panduan menerbitkan buku di segi bentuk manuskrip yang perlu dihantar (soft dan hardcopy), susunannya dan kaedah dan kadar royalti yang dibayar jika manuskrip itu sesuai untuk diterbitkan. Tempoh masa jawapan mengenai sama ada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Sekian, terima kasih.

Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk cetak,  dan juga dalam bentuk digital, sama ada dalam disket atau cakera padat (CD). Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan.  Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis.

Kadar royalti berbeza mengikut kategori dan peringkat buku.  Contohnya, kadar royalti buku umum 12 peratus, dan buku teks 10 peratus. Kaedah bayaran adalah 50 peratus apabila buku terbit dan 50 peratus lagi berdasarkan jualan buku.

Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh manuskrip itu diterima. Keputusan sama ada manuskrip itu sesuai diterbitkan atau tidak, akan dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 2 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima.

 

Lain-lain22.12.2009
Salam sejahtera. Apakah istilah BM bagi: 1 iPad 2 tablet computer"Ipad" dipinjam dan dikekalkan ejaannya. Manakala perkataan "tablet computer" pula dipadankan susunannya dalam bahasa Melayu sebagai "komputer tablet".Makna25.02.2020
saya adul rebkhuankhiam sedang belajar di universiti fatoni selatan thailand ingin bertanya tentang tata bahasa apakah ayat sung sang? terimakasih.Ayat songsang merupakan ayat yang susunannya berlawanan dengan susunan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat songsang ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP.Tatabahasa29.12.2013
Saya fadilah marga Yusoh pelajar Universiti fatoni selatan Thailand ingin petanya DBP Apakah maksud peribahasa terimakasihPeribahasa bermaksud bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu.

Sila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Pilih data yang sesuai dengan keperluan anda, jika untuk mendapatkan maksud ambil data daripada "Kamus" atau "Khidmat Nasihat".

Lain-lain22.09.2016
Saya Mawaddah Masae Sedang belajar Bahasa Melayu di Akademi Bahasa Antarabangsa,YIU,Thailand.ingin bertanya DBP Saya ingin mendapat maklumat tentang Tatabahasa, apakah maksud "Ayat sunsang" Terima kasih.Ayat songsang merupakan ayat yang susunannya berlawanan dengan susunan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat songsang ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP.Tatabahasa07.11.2013
Mengikut saranan nasihat yang terdahulu, "untuk" boleh digunakan pada pangkal ayat, tapi semua contoh yang diberikan sama iaitu "Untuk makluman…" Bagi terjemahan ayat bahasa Inggeris di bawah, bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat atau ayat tersebut perlu diubah susunannya? To stay aloft and travel long distances, he must learn to ride the wind. Terjemahan yang sesuai: 1) Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2) Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Adakah ayat (2) salah dari segi tatabahasa? Terima kasih.1. Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh.
2. Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. 
Kedua-dua ayat ini betul, ayat pertama susunan biasa dan ayat kedua susunan songsang. Perkataan "untuk" pada pangkal ayat, lazimnya digunakan dalam susunan songsang. 
Tatabahasa02.02.2022
123

Kembali ke atas