Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sur] | سوسور

Definisi : tepi, pinggir; ~ bantal tepi bantal pd lintangnya; ~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran; ~ kota tembok kota yg di luar sekali; ~ tangan tempat berpegang pd titian dll, selusur; ~ tangga tempat berpegang pd tangga, langkan; menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah­arah yg berbeza; menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; susuran; ~ tangga susur tangga; penyusur; kapal ~ kapal yg menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : Jw sugi tembakau, songel, sentil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : ark; penyusur; ~ bayar pembayaran hutang secara beransur-ansur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : bahagian tepi atau bahagian pinggir sebelah luar. ~ bantal bahagian tepi bantal pd lintangnya. ~-galur susunan keturunan; salasilah. ~ pantai tepi pantai. ~ tangan tempat berpegang pd tangga (titian dll); selusur. menyu­sur 1 berjalan atau bergerak mengikut tepi sesuatu; berjalan sepanjang tepi: Dr Pekan, mereka telah belayar ~ pantai hingga ke Kuala Terengganu. 2 lalu di sepanjang jalan dll: Sambil ~ di kaki lima itu, Leman memperhatikan barang-barang yg dipamerkan di dlm kedai. 3 ki menyelidik atau meneliti asal usul sesuatu: Kemakmuran ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dpt disusur kembali drpd perkembangan perusahaan getah dan bijih timah. menyusuri menyusur di: Mereka menikmati udara petang dgn berjalan ~ pantai yg indah itu. Dia begitu hati-hati semasa berjalan ~ kaki lima yg sibuk itu. penyusur yg menyusur: kapal ~ pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan terbaik untuk walkway canopy atau covered walkway dalam bahasa Melayu? Saya lihat ramai gunakan susur gajah, namun tiada dalam database PRPM. Mohon pencerahan.Untuk makluman, tidak terdapat istilah susur gajah dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "walkway canopy" ialah kanopi laluan pejalan kaki. Istilah untuk "covered walkway" pula ialah laluan pejalan kaki berbumbung atau laluan pejalan kaki berkanopi.Istilah13.03.2013
Salam sejahtera, Saya tahu maksud walkway adalah laluan pejalan kaki. Apakah boleh kita gantikan maksudnya kepada susur gajah seperti yang digunakan oleh ramai orang sekarang?Istilah laluan pejalan kaki masih digunakan. Tidak ada maklumat tentang susur gajah dalam pangkalan data kami.Istilah25.01.2013
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannyaKonstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu.Sastera27.04.2012
maksud salasilah & keluarga

Salasilah keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan).

Makna24.03.2010
saya ingin tahu perkataan melayu asal ada berapa dan apakah perkataan itu?Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lenjut berkaitan soalan ini, saudara boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan dan juga Buku Susur Galur Bahasa Melayu tulisan Asmah Ahji Omar. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain21.12.2006
Salam. Saya ingin tahu apa perbezaan antara salasiah dan salasilah. Dan diharap pihak tuan dapat mengejakan perkataan salasiah sekiranya ada dalam bahasa jawi.

salasilah  Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan);

salasiah () dalam bahasa Arab bermaksud: kelembutan, senang.

Makna05.11.2009
Peranan dan fungsi bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanFungsi utama sebagai alat/lambang perpaduan negara, menjadi lambang identiti negara, wahana penyatuan warganegara Malaysia, wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) dalam situasi rasmi. untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Omar)Lain-lain02.10.2006
1.Bagaimanakah saya ingin mendapatkan biodata pengarang Saadiah Ibrahim, penulis buku kumpulan cerpen Hati Perempuan yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2007? 2.Bagaimana pula boleh saya menghubungi beliau kerana saya perlu menemuduganya?

Sdr. boleh mendapatkan biodata penulis Saadiah Ibrahim melalui pejabat DBP Wilayah Selatan, No. 1 & 3, Jalan Susur Dato' Mohd. Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor. Penerbitan buku kumpulan cerpen "Hati Permpuan" karya beliau adalah di bawah projek pejabat DBP Wilayah Selatan. No. talian am yang sdr boleh hubungi ialah 07-2365855 atau faks: 07-2358686. Antara pegawai pejabat DBP Wilayah Selatan yang boleh sdr. hubungi ialah Sdr. Rusdi Abd Rahman (no. tel: 07-2358802, E-mel: rar@dbp.gov.my). Sekian , terima kasih. Salam.

Lain-lain06.09.2008
Apa maksud bahasa Melayu? Sejarah bangsa Melayu? Asal-usul bahasa Melayu?Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam Akta 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu, bahasa formal dan digunakan sebagai pengantar dalam kebanyakan institusi kerajaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sejarah bangsa Melayu dan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu hasil tulisan Prof.Emeritus Datuk Dr.Asmah Haji Omar. Terima KAsih kerana menggunkan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain01.12.2006
SALAM 1 MALAYSIA, ADAKAH DPB MEMPUNYAI CAWANGAN DI NEGERI MELAKA?Untuk pengetahuan sdr. DBP tidak mempunyai cawangan di Melaka. Oleh itu sebarang urusan yang berkaitan dengan DBP boleh dibuat dengan menghubungi pejabat wilayah seperti maklumat berikut;

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
WILAYAH SELATAN

Alamat:

No. 1 & 3,
Jalan Susur Dato' Muhd. Said Sulaiman,
Larkin Perdana,
80350 Johor Bharu,
Johor.
Telefon:
07 - 2365 588
Faks:
07 - 2358 686
Lain-lain01.02.2012
12

Kembali ke atas