Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sur.ga.lur] | سوسور-ݢالور

Definisi : salasilah, asal usul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur.ga.lur] | سوسور-ݢالور

Definisi : susunan keturunan; salasilah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susur-galur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannyaKonstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu.Sastera27.04.2012
maksud salasilah & keluarga

Salasilah keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan).

Makna24.03.2010
saya ingin tahu perkataan melayu asal ada berapa dan apakah perkataan itu?Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lenjut berkaitan soalan ini, saudara boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan dan juga Buku Susur Galur Bahasa Melayu tulisan Asmah Ahji Omar. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain21.12.2006
Salam. Saya ingin tahu apa perbezaan antara salasiah dan salasilah. Dan diharap pihak tuan dapat mengejakan perkataan salasiah sekiranya ada dalam bahasa jawi.

salasilah  Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan);

salasiah () dalam bahasa Arab bermaksud: kelembutan, senang.

Makna05.11.2009
Peranan dan fungsi bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanFungsi utama sebagai alat/lambang perpaduan negara, menjadi lambang identiti negara, wahana penyatuan warganegara Malaysia, wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) dalam situasi rasmi. untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Omar)Lain-lain02.10.2006
Apa maksud bahasa Melayu? Sejarah bangsa Melayu? Asal-usul bahasa Melayu?Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam Akta 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu, bahasa formal dan digunakan sebagai pengantar dalam kebanyakan institusi kerajaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sejarah bangsa Melayu dan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu hasil tulisan Prof.Emeritus Datuk Dr.Asmah Haji Omar. Terima KAsih kerana menggunkan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain01.12.2006
Selamat sejahtera. Saya ingin mengetahui perancangan bahasa dari segi korpus dan juga dari segi status pada masa kini.Apakah langkah yang telah diambil oleh DBP untuk memperkemaskinikan lagi perancangan bahasa di Malaysia? Harap tuan/puan dapat menolong saya dalam hal ini. Sekian, terima kasih.Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Perancangan Bahasa Melayu karya Awang Sariyan, Buku Tatabahasa Bahasa Melayu terbitan DBP atau buku Susur Galur Bahasa Melayu karya Asmah Haji Omar atau berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini.Lain-lain12.09.2007
1. sila huraikan asal-usul bahasa melayu dan kategorinya. 2. apakah itu masalah artikulasi dan berikan contoh. 3. sila huraikan apakah itu sistem bunyi bahasa, dialek dan laras bahasa, berikan contoh-contoh yang sesuai. Terima Kasih.Beberapa teori bahasa Melayu telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yg diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Bagi membantu saudara mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar) atau buku Perancangan Bahasa Melayu (Awang Sariyan). Menjawab soalan saudara tentang bunyi bahasa, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (Arbak Othman).Lain-lain25.09.2007
1.sila huraikan asal-usul bahasa melayu secara lengkap. 2.apakah masalah artikulasi dan contoh yang sesuai. 3. apakah itu sistem bunyi bahasa, dialek, dan laras bahasa.sila berikan contoh-contoh. terima kasih.Beberapa teori bahasa Melayu telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yg diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Bagi membantu saudara mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar) atau buku Perancangan Bahasa Melayu (Awang Sariyan). Menjawab soalan saudara tentang bunyi bahasa, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (Arbak Othman).Lain-lain25.09.2007
Berikan saya sumber rujukan atau bukti yang menyatakan asal kata dalam bahasa Melayu hanya ada tiga perkataan iaitu "babi, besi dan batu". Terima kasihTidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa perkataan padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur  Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut.Lain-lain09.04.2010
12

Kembali ke atas