minta maksud perkataan swadaya | Maksud perkataan swadaya ialah kekuatan sendiri, tenaga (daya ) sendiri | Makna | 24.04.2007 |
APAKAH MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH INI, & CONTOH AYATNYA.... 1. EKABAHASA, 2. DWIPENGKHUSUSAN 3. TRIDIMENSI, 4. SWADAYA 5. JURUMUDI, 6. PANCAINDERA | ekabahasa ialah dlm satu bahasa. Pancaindera ialah deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata, tangan. untuk mengetahui sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat. | Makna | 20.08.2008 |
Adakah ada perkataan; swaaktif dalam bahasa Melayu? Dan kalau ada apa maksudnya? | Awalan asing "swa" memang telah diterima dalam pembentukan istilah bahasa Melayu iaitu "kendiri" atau “sendiri”. Oleh itu, perkataan “swaaktif” adalah betul dan boleh digunakan. Namun begitu, dari segi makna, belum ada lagi makna khusus untuk “swaaktif” berbanding dengan contoh lain iaitu swakarya, swafoto, swadaya, swalayan dan lain-lain. | Tatabahasa | 26.11.2022 |