| Assalammualaikum.....sy nk tanya...sy betul-betul minat dalam karya penulisan dan sekiranya sy ada masa free..sy pasti mengkarya sesuatu yang sy suka...jadi boleh sy tahu bagaimana untuk sy memperbaiki karya sy dan mengembangkan bakat sy itu....sy betul-betul minat sastera dan bahasanya sekali terlalu indah dan unuk... | 1. Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah sdr. perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah sdr. menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, sdr. perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya sdr. perlu menulis dan terus menulis. Saudara boleh menghubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat di Dewan Bahasa. Saudara juga boleh menyertai KEPEZI iaitu Kelab Penulis Zaharah Nawawi. | Sastera | 30.04.2011 |
| SAT 13:06 Daus A'aily Daus Assalamualaikum. ..klu ade kje kosong utk part time. .mntk tlg infi kt sy...sy dtg bwk smua dokumen yg dprlukn | Iklan jawatan kosong di DBP akan diiklankan melalui laman web kami dan akhbar harian utama berbahasa Melayu. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 04.02.2017 |
| Salam sejahtera...sy zaini dr penang...sy ingin menerbitkn buku sajak @ buku puisi bahasa melayu kerana dalam simpanan sy ada lebih kurang 200 buah sajak...sy ingin bertanya kpd pihak tuan/puan apa yg perlu sy buat & cukupkah hanya sekadar 200 mukasurat dapat menghasilkn sebuah buku... Soaln seterusnya sekiranya boleh...apa yg perlu sy bt...mohon cadangan dr pihak tuan/puan...terima kasih. | Untuk maklumat lanjut berkaitan penerbitan buku sastera, tuan boleh menghubungi Bahagian Buku Sastera, melalui talian 03-21479512/ 9513/9514/9515. | Lain-lain | 01.02.2015 |
| Assalamualaikum,sy nk buat banner&bunting utk tempat sy berniaga.Sy nk mohon jasa baik pihak tuan utk periksa dan nak tahu sop utk gantung dan paparkan banner dan bunting di tepi jalanraya bagi tujuan mempromosikan tempat berniaga saya di Food Camp Puncak Alam. | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang telah berstatus (Registered) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. | Lain-lain | 16.10.2025 |
| Saya sudah beberapa kali cuba untuk daftar iklan syarikat sy , bila sy tekan butang daftar , tiada apa2 yang berlaku...menyebabkan sy terpaksa mencuba lagi..sila beri tunjukajar cara yang betul..sekian, terimakasih | Bagi membantu tuan menangani masalah teknikal sistem ini, sila hubungi Bahagian Sistem Maklumat DBP di talian 03-21479373. | Lain-lain | 30.04.2015 |
| Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:06pm Salam Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:07pm Sy Ain. Sy nk tnya bagaimana hendak register dgn DBP tentang pembelian buku2 & majalah. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Coz sy merupakan pembekal buku2 & majalah di sekolah2. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm So sy berminat utk berdaftar dgn DBP. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Bgaimana caranya? | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.02.2015 |
| Assalamualaikum , boleh bertanya , sy sedang buat kajian tentang tatabahasa bahasa melayu .. dipendekkan cerita, sy membangunkan 'corpus bigram' melalui artikel-artikel bahasa melayu .. masalah disini ialah sy memerlukan artikel2 bahasa melayu yang betul tatabahasanya mengikut aturan tatabahasa melayu dan ianya agak 'limited' kerana sy tidak berdaya untuk 'check' adakah artikel itu betul tatabahasanya secara keseluruhan.. sy fikir KNT mungkin ada sumber2 yang sy maksudkan td betul ? ,tambahan pula KNT adalah satu penumbuhan yang mementingkan penggunaan tatabhasa bagi bahasa melayu..jadi soalan sy ialah,adakah boleh untuk sy mendapatkan sumber artikel bahasa melayu yang banyak dan betul tatabahasanya dari pihak KNT didalam bentuk 'softcopy'? klau boleh bagaimana ? terima kasih. | Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) khusus menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa dan KNB tidak mempunyai artikel yang lengkap untuk sesuatu tajuk atau tema. Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan bernilai, melainkan setiap artikel yang diperlukan perlu disaring agar benar-benar bermutu untuk dijadikan bahan kajian bagi memperoleh data yang bermutu. | Tatabahasa | 08.12.2014 |
| hi, sy ingin bertanya berkenaan papan tanda, sy sudah mendapat kelulusan dbp untuk design papan tanda beberapa tahun lepas. sy bercadang untuk menukar rekabentuk signboard. adakah sy perlu submit semula artwork di dbp untuk pengesahan? detail semua sama sahaja. cuma sy ingin menukar font dan color untuk nama company di signboard baru | | Salam Sejahtera. Pihak tuan/puan boleh mengemukakan permohonan baharu untuk reka bentuk visual iklan yang terkini melalui portal https://dbpsahbahasa.my/. Permohonan boleh dibuat seperti biasa dengan mendaftar iklan baharu. Walau bagaimanapun, pada bahagian maklumat permohonan, sila klik pada pilihan ‘Diperbaharui’ dan masukkan nombor iklan yang telah diluluskan sebelum ini untuk rujukan kami. Jika iklan yang diluluskan telah melebihi tempoh dua tahun, sila klik pada pilihan ‘Kali Pertama’. Maklumat iklan yang telah melebihi tempoh dua tahun tidak lagi disimpan untuk tujuan rujukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2147 9100 atau 03-2147 9200. | | Lain-lain | 26.04.2026 |
| Nor Hidayah Sulaiman Sep 6th, 10:09pm Salam..sy seorang guru di sebuah sekolah agama..sy nk tanya...blh ke DBP membuat sumbangan buku2 dan bahan2 bacaan berbentuk ilmiah utk pusat sumber sek sy?utk pengetahuan,sek sy baru berpindah bangunan baru..seblum ni kami berkongsi bangunan dgn sekolah menengah n xde kemudahan pusat sumber... | Terima kasih cikgu. Sila buat permohonan dengan memberi surat rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila hubungi pegawai kami, Cik Nur Liayana Aqilah Zulkefli no. tel. 03-2147 9486 atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada aqilah@dbp.gov.my Moga ia membantu cikgu. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 06.09.2015 |
| salam, sy aisyah, pelajar tahun 2 di UKM, kos Liguistik, sy merupakan pelajar luar negara, sy fasih menulis dan bertutur dalam bahasa melayu, dan fasih bertutur dalam basaha thai, boleh sy dapatkan syarat-syarat pemohonan Latihan Industri di DBP. Terima kasih | Terima kasih atas pertanyaan dan minat saudari untuk mengikuti Latihan Industri di DBP. Sila kemukakan permohonan rasmi melalui pihak UKM menyatakan tempoh dan bidang kerja yang hendak dipelajari. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Aras 7, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 22.10.2012 |