Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.rah] | شرح

Definisi : Ar keinginan yg kuat terhadap sesuatu (terutama kpd makanan), selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.rah] | شرح

Definisi : 1. keterangan, huraian, penjelasan, ulasan; 2. = syarahan ceramah, pidato; bersyarah memberi ceramah, berpidato, ber­ucap: ia hendak ~ kpd pengundi-pengundi pd masa pilihan raya; mensyarahkan membicarakan sesuatu per­kara (dlm bentuk syarahan), mencera­mahkan: beliau juga meneliti pemikiran­pemikiran lama Yunani dan ~nya; syarahan 1. ceramah, pidato, ucapan: ia men­dengar ~ gurunya dgn tekun; 2. pelajaran yg diberikan di universiti, kuliah; pensyarah 1. orang yg memberikan syarahan (ceramah), penceramah; 2. guru di universiti, orang yg memberikan kuliah: saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.rah] | شرح

Definisi : ; syarahan ark penerbitan (surat khabar, majalah, dll), terbitan: akhbar ~ pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.rah] | شرح

Definisi : 1 keterangan ttg sesuatu; pen­jelasan; huraian. 2 percakapan ttg sesuatu perkara di hadapan orang ramai; ceramah. bersyarah membuat ucapan di hadapan orang ramai; memberi ceramah; berpidato. syarahan 1 ucapan yg diberikan: Dia mendengar ~ wakil rakyat itu dgn teliti. 2 pelajaran yg diberikan di universiti-universiti; kuliah. pensyarah 1 orang yg bersyarah; penceramah. 2 guru di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarah
Kata Terbitan : bersyarah, syarahan, pensyarah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin mengetahui makna perkataan `samrah' di mana ia ada digunakan untuk festival samrah yang merupakan lagu dan tarian berkonsepkan seni arab. Harap mendapat panduan daripada pihak DBP tentang makna perkataan `samrah' tersebut. Terima kasih.Samrah ialah persembahan kebudayaan Arab yang menggabungkan zafin dan syarah diiringi nyanyian dan alunan alat muzik seperti tarbus, biolamarwas, bongo, darabuka dan keyboard. Makna05.02.2009
Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. AssalamualaikumAwalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161.Tatabahasa12.09.2011

Kembali ke atas