Terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan | Terma dan Syarat Perkhidmatan | Lain-lain | 14.03.2011 |
Adakah perkataan Syarat-syarat atau Perkara-perkara pada tajuk besar dieja seperti berikut? atau perlu menggunakan huruf besar juga selepas sengkang seperti Syarat-Syarat dan Perkara-Perkara? | Penggunaan kata ganda dalam tajuk ditulis dengan huruf besar. Contohnya “Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia”. Perkataan “Syarat” dan “Perkara” yang sudah membawa maksud jamak tidak perlu digandakan. | Ejaan | 22.11.2024 |
salah sejahtera, "Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina & India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa melayu & memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" adakah ayat "memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" sesuai digunakan? jika tidak, boleh pihak tuan cadangkan ayat yang lebih gramatis.. terima kasih | Salam sejahtera, Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina dan India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain. Ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya. | Lain-lain | 05.08.2015 |
Mohd Muhaimin Radzuan THU 3:37PM Salam.. Saya nak tanya.. ape syarat-syarat untuk kelulusan nama di papantanda perniagaan? Papantanda yng gantung di luar bangunan kedai. Apa syarat-syarat? saya tengok di website kurang jelas. boleh hubungi saya 0176943437 | Papan tanda premis dan paparan awam yang lain hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain boleh digunakan bersama-sama bahasa Melayu, dan teks dalam bahasa Melayu hendaklah paling jelas dari segi saiz, warna dan kedudukannya. | Lain-lain | 11.08.2016 |
Assaalamualaikum... Bagaimana untuk mendapatkan borang biasiswa DBP. dan apakah syarat-syarat untuk memohon biasiswa tersebut? Bilakah borang akan dikeluarkan? | Borang biasiswa DBP boleh diperolehi di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Tingkat 7 Menara DBP.Iklan biasiswa akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan sekitar bulan Mei/Jun 2008.Syarat-syarat tawaran ialah telah mendapat tempat untuk ijazah pertama dalam bidang bahasa/sastera/penerbitan di IPT tempatan dan lulus dengan cemerlang dalam STPM. | Lain-lain | 10.03.2008 |
1.Dalam bahasa melayu, adakah dibenarkan sesuatu perkara yang menunjukkan lebih daripada satu tetapi ditulis satu perkataan sahaja. Contoh: 1.syarat-syarat (conditions) ditulis sebagai "syarat" sahaja 2. Kos-kos ditulis sebagai "kos" sahaja Adakah betul penulisan syarat atau kos sahaja tanpa digandakan perkataan tersebut walaupun ianya melibatkan jamak. 2. Perkataan lain-lain Cth: Sama ada lain-lain hubungan kekeluargaan yang rapat atau hubungan kekeluargaan lain yang rapat. Sama ada lain-lain dokumen sokongan atau dokumen sokongan lain Terima kasih atas bantuan. | 1. “Syarat-syarat” atau “syarat”, kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Contohnya, “Tertakluk pada terma dan syarat”. Dalam konteks ini, “syarat” telah membawa maksud jamak. Begitu juga dengan perkataan “kos-kos” atau “kos”, penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks ayat. Kebiasaannya, “kos” juga telah membawa maksud jamak dan tidak perlu digandakan. 2. Frasa yang betul ialah “... hubungan kekeluargaan lain yang rapat ...” dan “… dokumen sokongan lain …”. | Tatabahasa | 08.08.2025 |
Tuan/Puan, Saya ada dua soalan. Pertama, saya ingin bertanya tentang ejaan kata berganda pada permulaan ayat. Contohnya: Kaedah-kaedah atau Kaedah-Kaedah? Kedua, apabila kita menyenaraikan syarat-syarat lantikan/penyertaan/pendaftaran/etc. . Adakah ianya lebih tepat untuk menamakan tajuk dokumen tersebut sebagai "Syarat Lantikan/Pendaftaran" atau "Syarat-syarat Lantikan"? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah Kaedah-kaedah dan Syarat Lantikan/Pendaftaran/Penyertaan. | Tatabahasa | 01.12.2021 |
Apakah syarat-syarat am atau khas bagi seseorang individu ingin menerbit atau menulis sesebuah buku? | Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. A. Sdr. perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengetahui selok belok penerbitan baharulah sdr. menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan). Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia. Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit. B. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah: 1. Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis. 2. Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan. 3. Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. 4. Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur. 5. Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa. 6. Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya! | Lain-lain | 19.10.2010 |
Apakah syarat-syarat untuk menulis buku aktiviti sekolah murid yang berumur dari enam hingga dua belas tahun . Contohnya buku aktiviti bahasa Malaysia ? | Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 23.11.2015 |
apakah syarat-syarat pertandingan untuk peraduan menulis sastera kreatif 2010(kategori cerpen) anjuran dbp sarawak | Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Cerpen yang hendak ditulis panjangnya sekitar 4000 perkataan atau 15 halaman. Peserta boleh menghantar maksima 2 buah cerpen. Tema bebas tetapi tidak boleh menyentuh perkara2 sensitif atau yang menyinggung perasaan. Karay yang dihantar tidak akan dikembalikan. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Karyawan, DBP Cawangan Sarawak, 082-444711 | Lain-lain | 19.04.2010 |